[ 345 ]

1.2K 109 25
                                    

" Chagi....." panggilku apabila teringat sesuatu.

" Ya sayang? "

Hoseok memandangku.

" Happy Birthday.."

" Maaf sebab terlupa. " sambungku lagi dengan riak serba salah.

" Gwaenchana...lagipun semalam lepas sayang bersalin, sayang kan tak sedarkan diri satu hari sampailah hari ni. "

Aku tersenyum hambar mendengar kata-katanya.

" Maaf sebab takde hadiah. " kataku lagi.

" Hae Jun la hadiahnya..." balas Hoseok gembira lalu mencium pipi gebu Hae Jun.

Aku mencium pipi Hoseok ketika dia menunduk mencium Hae Jun.

Hoseok memandangku dengan mata terkelip-kelip.

Terkejut mungkin.

" Hadiah untuk birthday chagi? "

Aku tersengih.

Hoseok mula tersenyum penuh makna.

Aku mengecilkan mata.

" Ha ha...fikir apa tu...."

Hoseok sekadar tersengih.

" Jangan macam-macam ya...Rin baru lepas bersalin nih..."

Hoseok masih tersengih nakal.

Aku menggeleng kepala lalu mencium pipi Hae Jun.

Eeeee...geramnya!

Rasa nak gigit pipi dia.

Hoseok mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

Kemudian dia menekan sesuatu pada skrin telefon.

" Hae Jun-ahhhh...." panggilku lembut lalu mencium pipi Hae Jun lagi.

Hae Jun merengek kecil.

" Sayang. "

Aku menoleh memandang Hoseok.

Hoseok menayangkan sesuatu pada skrin telefonnya.

" Ini mesej yang sayang hantar sebelum sayang bersalin. "

" Sayang sakit dalam pukul 12 lebih kan? Masa chagi tengah tunggu sayang sedarkan diri...baru chagi perasan sayang ada hantar mesej. "

" Jadi....sayang masih orang pertama yang wish chagi. "

Aku perhati masa mesej dihantar.

00:00 ( 18 February 2xxx )

Aku terangguk-angguk faham.

" Nanti Rin bagi hadiah lepas keluar hospital eh? "

Hoseok memandangku teruja.

" Betul eh?! Janji?! "

Aku mengukir senyum lucu sebelum mengangguk.

Hoseok menepuk tangan teruja.

" Eeee...baby...tengok appa macam budak-budak lagi. " sindirku pada Hae Jun.

Hae Jun hanya merengek kecil.

Hoseok mencebik bibir.

" Appa macam budak-budak pun...appa comel. Itu yang eomma jatuh hati. Hahahahahaha " balas Hoseok lalu ketawa.

Aku menggeleng kepala melihat perangainya.

" Chagi...."

" Ya sayang? "

" Hari ni...wedding Miyuki. " kataku lalu memandang Hoseok untuk melihat reaksinya.

" Oh really? " balas Hoseok selamba sambil bermain dengan tangan Hae Jun.

" Chagi wish la Miyuki..." ujarku.

" Nantilah sayang. Kan sayang kata dia nak datang nanti..." balas Hoseok sambil lewa.

" Chagiiiiiii...." panggilku meleret.

Geram.

Hoseok tersengih.

" Hehe. Saja je nak usik sayang. Ya sayang...kita buat video call ya. " ujar Hoseok lalu menekan skrin telefonnya.

" Hai Miyuki! " sapaku riang setelah melihat wajah Miyuki memenuhi skrin telefon.

" Hai Rin! " sapa Miyuki kembali dengan nada teruja.

" Hai Seok! " sapa Miyuki pada Hoseok pula.

Hoseok hanya melemparkan senyuman.

" Long time no see huh? "

" Eh? Bukan awak datang jumpa Rin masa saya koma? " sindir Hoseok.

Miyuki tersengih.

" Rin, awak dah bersalin ke? " tanya Miyuki.

Aku memandang Hoseok bagai memberi isyarat.

Hoseok menggerakkan telefon menunjukkan bayi yang berada di dalam gendonganku.

" Oh my! Comelnya!!!! " jerit Miyuki teruja.

" Macam saya kan? " celah Hoseok menjongketkan kening beberapa kali.

" Eeeee...ikut Rin la. Kalau ikut awak, gedik je lebih. " balas Miyuki selamba.

" Arhhh! Sampainya hati awak, Miyuki! "

Aku hanya menggeleng kepala melihat Hoseok mula berdrama.

Siap pegang dada bagai.

Sakit la sangat. 🙄

" Nanti, saya dengan suami saya datang sana tengok baby tau! " ujar Miyuki.

Aku dan Hoseok mengangguk faham.

" Cantiknya awak! Rugi Hoseok tak jadi dengan awak. " usikku.

Hoseok mencebik.

" Karang jadi nanti...meroyan pula. " perli Hoseok.

Aku menjelingnya.

Hoseok tersengih selepas melihat jelinganku.

" Jangan marah, Rin. Awak lagi cantik daripada saya. Sebab tu Hoseok sayang awak. Hahaha. " pujuk Miyuki.

" Thanks Miyuki sebab tolong back up saya. Hahahahaha" ujar Hoseok lalu tergelak sama.

Setelah kami berbual seketika, panggilan ditamatkan.

" Sayang. "

Aku mendongak memandang Hoseok.

Klikk

" Nice! Cantik sangat gambar ni. " puji Hoseok sambil menunjukkan gambar yang ditangkapnya.

Yeah.

Nampak natural dan sweet.

Gambar aku memandang Hoseok bersama bayi di tangan.

Hoseok tersenyum sendirian.

Aku juga turut tersenyum melihat senyumannya.





🌷🌷🌷🌷🌷

I will hiatus for two weeks.
Yeah. Sebabnya trial SPM.
Jadi, doakan saya dan saya harap readers semua sabar menanti. 🙈

[ Completed ] Sick S3 | Jhope | Where stories live. Discover now