Bunyi loceng rumah ditekan memaksa aku berjalan ke pintu utama.
Langit sudah mula bertukar gelap menandakan waktu malam sudah tiba.
Pintu utama dibuka.
" Aik? Apa kau orang buat kat sini? " tanyaku pada mereka.
Yoongi, Yu Rim, Chae Ah, Aeri, Jin, Namjoon, Jihun, Jimin, Jihye hanya tersengih di hadapan pintu.
Aku pelik.
" Eomma dan appa pun ada? "
Eomma dan appa hanya tersenyum.
" Jom aku tolong kau bersiap! " ujar Yu Rim menarik tanganku.
" Hah?? "
Aku terpinga-pinga tapi kaki tetap mengikut Yu Rim naik ke bilik.
" Nah! Pergi tukar baju. " arah Aeri menyerahkan sehelai dress yang digantung dan masih berplastik.
Eksklusif betul nih.
" Eh ni baju siapa pula ni? " soalku pelik.
" Alaaaa...tukar jela. " ujar Chae Ah menolak badanku supaya masuk ke bilik air.
Aku hanya akur.
Selepas aku menukar pakaian, aku keluar dari bilik air sambil memandang diriku.
Dress labuh berlengan panjang berbunga kecil berwarna putih.
" Wahhh! You look so amazing and wonderful! " puji Aeri.
Yang lain hanya mengangguk berpuas hati.
" Come. Aku dandan kau sikit. " ujar Yu Rim menyuruh aku duduk di kerusi hadapan meja solek.
" Done! "
Aku memandang pantulan diriku melalui cermin.
" Natural beauty. Good job, Rim. " puji Jihye.
" langkah terbaik sebab aku tak nak dia mengamuk hahahaha " balas Yu Rim lalu ketawa.
Mereka turut ketawa.
Aku mengerut dahi.
Aku masih terpinga-pinga.

YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfic" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...