Yoongi's POV
Aku berjalan keluar dari bilik guru apabila loceng rehat berbunyi.
" Ahhh aku tak tahan. "
Langkah dilajukan.
Akhirnya sampai juga di tandas guru lelaki.
Fuhhh...lega.
Aku memandang pelajar yang berjalan ke kantin.
Mana Hae Rin eh?
Aku turut melangkah ke kantin.
Mata melilau mencari kelibat Hae Rin.
Namun hampa apabila Hae Rin tiada di kantin.
Aku melangkah ke bilik guru semula.
Juga tiada.
Aku dah garu kepala.
Buntu.
Tadi kata suruh aku belanja.
Pelik.
Aku terus mencari.
Sedang aku berjalan melalui koridor, aku ternampak Hae Rin sedang duduk di padang.
" Jumpa pun! "
Aku terus melangkah ke padang.
Aku berjalan perlahan-lahan untuk menyergah Hae Rin.
Namun niatku terbatal apabila aku mendengar esak tangis Hae Rin yang cuba ditahan-tahan.
Ya Tuhan...
Dia menangis ke?
Lama juga la aku berdiri sedikit jauh di belakangnya.
Dia langsung tak sedar.
Dan dia masih menangis.
Rin, selama ni kau sorokkan sedih kau ke?
Bukankah ia sakit bila dipendam terlalu lama?
Aku berjalan menjauhi Hae Rin.
Telefon dipoket dikeluarkan.
Nombor telefon Hae Rin didail.
" Rin. Kau kat mana? " soalku sambil mata masih memerhatinya.
" A-aku ada kat parkir kereta. Letak barang jap. Kau tunggu kat kantin tau. " balasnya.
" Haaa okay okay. "
Talian dimatikan.
Aku segera ke kantin apabila Hae Rin mula melangkah ke kantin.
Aku kena lakukan sesuatu!

YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfic" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...