[ 371 ]

708 88 0
                                    

Aku mencelikkan mata apabila mendengar suara orang bercakap-cakap.

Sebaik sahaja aku membuka mata, Jimin, Ji Hye, Yu Rim dan Chae Ah dipandang.

" Rin dah sedar? "

Aku bersandar di kepala katil perlahan-lahan.

" Lama ke aku tak sedarkan diri? " tanya aku memandang Chae Ah yang berada dekat dengan katilku.

" Lama juga la sebab sekarang dah nak malam. " balas Chae Ah.

Aku mengangguk perlahan.

Selimut ditolak tepi.

Aku turunkan kaki untuk memakai kasut.

" Eh? Nak ke mana? "

Mereka semua mula cemas.

" Saya nak balik. Esok, saya kena jumpa Hoseok di penjara. "

" Awak boleh lepaskan saya kan, Ji Hye? Chim? " ujarku perlahan lalu memandang mereka berdua yang merupakan doktor.

" Keadaan awak belum stabil. Awak rehat dulu ya? " balas Ji Hye.

" Saya akan pastikan esok awak dah boleh keluar. Okay? " pujuk Jimin.

Yu Rim membantu aku duduk bersandar di kepala katil semula.

" Dah berapa hari kau tak makan, Rin? " tanya Yu Rim risau.

" Aku tak lalu makan sejak Hoseok dipenjarakan. " balasku perlahan.

" Eo-eomma! "

Aku berpaling.

[ Completed ] Sick S3 | Jhope | Where stories live. Discover now