[ 397 ]

716 89 0
                                    

Yoongi's POV

" Kim Jong In? Gotcha! " bisikku apabila nampak dia masuk ke bangunan Syarikat Kwon.

Aku berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.

Pandangan diliarkan ke sekitar bangunan dan mataku tertancap pada Kai yang berada di kafe syarikat.

Kaki mula melangkah memasuki kafe.

Kelihatan dia sedang berbual dengan seseorang dan bicaranya nampak serius.

Aku memesan air latte terlebih dahulu sebelum mengambil tempat di meja belakang Kai.

Sambil menunggu, aku menyisip sedikit air latte.

Fuhhh sedapnya

Hampir setengah jam menunggu, akhirnya Kai berseorangan.

Aku segera bangkit dari tempat dudukku lalu menghalang Kai daripada pergi.

" Who are you? " soal Kai geram.

" Chill bro. Aku memang nak jumpa kau. "

Kai duduk semula di tempatnya.

" So? Kenapa nak jumpa aku? " tanya Kai.

" Aku straight to the point la ya. "

" Kau saksi Hoseok menggelapkan wang syarikat kan? Macam mana kau tahu sedangkan kau dah tak kerja kat syarikat tu lagi? "

Kai nampak terkejut.

" A-aku..."

" Dan dari mana kau dapat tahu Hoseok yang menggelapkan wang syarikat. Kau yang siasat ke? " soalku lagi.

Kai nampak serba salah dan takut.

" Adakah betul kau yang disuruh untuk menggelapkan wang syarikat? "

" A-aku..."

" A-aakuu..."

" Aku apa?! " sergahku.

" Aku minta maaf! Aku tak tahu pun.."

" Apa maksud kau? " soalku pelik.

[ Completed ] Sick S3 | Jhope | Where stories live. Discover now