" Morning sayang..."
Aku hampir saja melatah apabila ada tangan melingkari pinggangku.
" Morning chagi..."
Aku meneruskan kerjaku.
" Sayang ingat apa-apa tak hari ni? " tanya Hoseok.
Aku mengerut dahi.
" Ingat apa? Hari ni hari paling sibuk Rin. " balasku selamba.
Hoseok memuncung.
" Sampai hati sayang. " rajuk Hoseok lalu melepaskan pelukan.
Dia sempat mencium pipiku sebelum melangkah ke ruang tamu untuk melihat Hae Jun.
Mukanya kelat sahaja.
Aku ketawa dalam hati.
Setelah sarapan disiapkan, aku berjalan ke arah Hoseok.
" Chagiya...jom sarapan. "
Hoseok mengangkat kepala memandang aku dengan pandangan tajam.
Beberapa saat kemudian, Hoseok palingkan muka sambil mendengus perlahan tanda merajuk.
" Jom Jun. Kita merajuk dengan eomma. Eomma lupa! " rajuk Hoseok sambil mendukung Hae Jun ke meja makan.
Aku menggeleng kepala melihat perangai Hoseok.
Kemudian aku turut berjalan ke meja.
" Chagi balik awal malam ni boleh? " tanyaku lembut sambil meletakkan roti bakar ke atas pinggannya.
" Kenapa? " soal Hoseok semula.
Kacang panggang dan telur hancur turut diletakkan di atas pinggan Hoseok.
" Please? " pujukku.
Hoseok tersenyum lalu mengangguk kecil.
Dia memandang Hae Jun.
" Walaupun appa merajuk dengan eomma, appa masih sayang eomma. Kan, Jun? " katanya sambil mengusap lembut kepala Hae Jun.
Hae Jun sekadar tersenyum kecil.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfic" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...