Aku dapat mesej daripada Min Ki.
Dia ajak jumpa pada malam ini.
Aku cuba hubungi Yoongi minta teman aku.
Hae Jun aku letakkan di rumah eomma dan appa sebentar.
Tapi Yoongi tak jawab panggilan.
Jadi aku hanya tinggalkan pesanan.
Aku duduk sambil menggenggam tangan.
Resah.
" Hai Rin. "
Aku mengangkat kepala memandang seorang lelaki duduk di meja berhadapan denganku.
" Hai Min Ki. " balasku tersenyum kecil.
" So, dah order makanan? " soalnya sambil melihat buku menu.
Aku menggeleng sebelum turut melihat buku menu.
Selepas makanan dipesan, suasana sunyi antara kami.
" Kenapa awak ajak jumpa? " tanyaku memecah kesunyian.
" Saja. Dinner dengan awak lagi seronok. " balasnya lalu tersenyum manis.
" Awak memang masih nak tunggu Hoseok ke? " tanya Min Ki.
Aku mengangguk tanpa ragu-ragu.
" Tapi..."
Aku memandangnya tepat.
Menunggu ayat seterusnya.
" Tapi apa? " ujarku tidak sabar.
" Tapi Hoseok sudah failkan cerai. " sambungnya.
Aku terdiam.
Sejujurnya aku terkedu.
" Kalau awak tak percaya, saya bawa bukti. " ujar Min Ki lalu mengeluarkan sampul surat dari kotnya.
" Ini salinan. " kata Min Ki lalu menyerahkan sampul surat itu padaku.
Aku mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat.
Setiap bait di dalam kertas itu aku baca tanpa terlepas pandang.
Dadaku berombak hebat.
' Sampai hati chagi. '
Aku cuba menahan air mata.
" Rin....saya boleh jaga awak. Jangan risau ya? "
Min Ki cuba mencapai tanganku tetapi niatnya terbantut.

YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfiction" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...