[ 378 ]

724 98 0
                                        

" Saya nak lawat Jung Hoseok. "

" Baiklah puan, sila ikut saya..." ujar polis wanita itu.

Aku hanya mengekorinya dari belakang.

Setibanya aku berada di sebuah bilik, aku diminta duduk dan menunggu.

Beberapa minut kemudian, mataku terpaku pada seorang lelaki berpakaian banduan duduk di hadapanku.

Lelaki itu melekapkan tangan di dinding plastik lut sinar.

Aku turut melakukan perkara yang sama.

Melihatkan air mata lelaki itu tumpah, membuatkan aku menangis sama.

" Chagiya...gwaenchana? " soalku cuba menahan esakan.

Hoseok tersenyum bersama air mata lalu mengangguk.

" Kenapa chagi nampak kurus? Chagi tak makan ke? "

Hoseok menggeleng.

" Aniya...makanan kat sini sedap...chagi tambah banyak kali lagi. Hehehe " gurau Hoseok.

Aku tersenyum dengan jenaka hambarnya.

" Sayang sihat? " tanya Hoseok lembut.

Aku mengangguk.

" Hae Jun? "

" Jun sihat. Dia ada kat luar dengan Yoongi. Dia rindukan chagi...tadi dia menangis nak jumpa chagi. "

" Dia suruh Rin sampaikan saranghae pada chagi..."

Sebak aku mengungkapkan kata-kata itu.

" J-jjinja? Cakap p-pada Jun yang a-appa sayang dan r-rindu dia juga..." balas Hoseok tergagap-gagap.

Mungkin cuba menahan sebak.

" Chagi sabar ya....Rin pasti chagi akan keluar sekejap lagi. " pujukku.

Hoseok tersenyum penuh makna.

[ Completed ] Sick S3 | Jhope | Where stories live. Discover now