[ 435 ]

685 78 0
                                    

Aku duduk di birai katil sambil memegang sebuah album gambar.

Satu per satu muka surat aku selak.

Gambar aku dan Hoseok semasa resepsi.

Walaupun ketika itu masalah kami baru sahaja bermula.

Aku tersenyum melihat senyuman kami yang ternyata palsu.

Kemudian gambar aku dan Hoseok ketika bulan madu.

Ketika aku mengandungkan Hae Jun.

Setiap perubahan perutku, dia akan tangkap gambar aku.

Kemudian gambar Hae Jun yang baru saja lahir.

Aku menyentuh gambar Hoseok sedang tersenyum sambil mengendong Hae Jun yang masih bayi.

Lama jariku menyentuh gambar itu.

Rindu pada Hoseok.

" Eomma..."

Aku menyeka air mataku yang menitis.

" Ya sayang? "

" Eomma buat apa? " tanya Jun sambil berjalan ke arahku.

" Eomma tengok Jun masa kecil. " balasku.

Hae Jun duduk di sebelahku lalu melihat album gambar yang aku pegang.

" Appa kyeopta. " puji Hae Jun tersenyum sumbing.

Aku turut tersenyum.

" Dah besar dah anak eomma ni..."

" Banyak mulut pula tu..." usikku sambil mengelus lembut kepalanya.

Hae Jun memandangku sambil tersengih.

" Eomma, bila Yongi appa nak datang? "

" Yongi appa janji nak tolong Jun tangkap rama-rama hari ni. " bebel Hae Jun sendirian sambil menyelak album gambar.

Aku berfikir seketika sebelum mencapai telefonku.

[ Completed ] Sick S3 | Jhope | Where stories live. Discover now