[ 450 ]

911 87 1
                                        

Kami berjalan di Sungai Han selepas makan malam.

Aku memeluk erat lengan Hoseok sambil tangan kami bercantum.

" Macam mana chagi boleh dibebaskan? " soalku.

Aku mendongak memandangnya sekilas.

" Sebab penjenayah sebenar dah ditangkap. " balas Hoseok bersahaja.

" Penjenayah sebenar? "

" Siapa? "

" Cuba teka. " jawab Hoseok sambil tersenyum.

" Alaaaa chagi. Mana Rin tahu..." rengekku.

Hoseok tergelak kecil.

" Kalau chagi cakap ni, sayang jangan terkejut tau. " ujar Hoseok.

Kami berhenti melangkah.

Aku mengangguk sambil menghadapnya.

" Min Ki. "

Mataku membulat.

" Serius?!!! "

Aku masih terkejut.

Hoseok mengangguk mengiakan.

" Patut la Yoongi cakap Min Ki mungkin buat sesuatu..." gumamku perlahan.

" Come. Kita duduk. Chagi akan cerita..." ujar Hoseok menarik aku untuk duduk di bangku.

" Malam tu...chagi balik lambat sebab teman Namjoon sebab dia suruh tunggu. "

" So, chagi pergi tandas kejap sementara Namjoon kemas barang. "

" Bila chagi balik ke bilik pejabat Namjoon, dia dah rebah atas lantai. "

" Chagi dah panik. Tiba-tiba polis datang dan chagi kena tahan. "

" Masa tu otak chagi kosong tak mampu nak melawan. "

" Dan yang tolong bebaskan chagi ialah Yoongi. "

" Yang lain pun bantu sama. "

" Dia orang yang cari maklumat dan penjenayah sebenar. "

" Tapi Yoongi la paling bersungguh. "

Aku mendiamkan diri.

Patutlah Yoongi sibuk sahaja kebelakangan ini.

Sampai jatuh sakit bagai.

Rupanya ini yang dia lakukan sekian lama.

Terharu betul ada kawan macam tu.

" Bila chagi dibebaskan? " soalku.

" Dua hari lepas. " balas Hoseok selamba.

" Dua hari lepas?! " tanyaku semula tidak percaya.

Hoseok mengangguk seraya tersenyum.

" Patut la Rin cuba nak jumpa chagi. Tapi pegawai tu tak bagi..."

" Sedih tau. " rajukku mencebik bibir.

Hoseok tergelak lalu mencubit pipiku perlahan.

" Chagi lagi sedih tau bila chagi terpaksa tahan keinginan chagi untuk jumpa sayang lepas dibebaskan dua hari lepas. "

" Ha'ah eh. Kenapa chagi tak balik rumah terus? " soalku pelik.

" Yoongi suruh tinggal rumah Tae dulu. "

" Katanya buat suprised kat sayang sebab dia pernah janji nak bebaskan chagi sebelum anniversery kita. "

Aku mengangguk faham.

" Dah tu video yang chagi buat tu? "

" Video tu dia orang tolong rakam pagi-pagi. "

" Pastu chagi yang suruh Yu Rim dengan yang lain datang bawa sayang keluar have fun. "

" Dinner ni pun chagi plan dengan bantuan dia orang semua. "

" Nasib baik cincin tu dapat siap awal. Fuhhh..."

" Seksa tau chagi tengok sayang have fun dari jauh dengan Jun. "

Mataku membulat.

" Chagi ada perhati Rin ke? "

" Yela...rindu punya pasal. Ajak Tae pergi mengintip. " balas Hoseok dengan nada merajuk.

" Patut la Rin rasa ada orang perhati. " ujarku memandang Hoseok tajam.

Hoseok hanya tersengih.

" Now...jangan sedih-sedih lagi. Arasseo? "

" I'll stay by your side until my last breath. "

Hoseok memandangku dengan pandangan redup lalu mengucup dahiku perlahan.

Aku mengangguk bersama senyuman.

[ Completed ] Sick S3 | Jhope | Where stories live. Discover now