" Errr...encik ke orang yang saya kena jumpa? " tanyaku.
Aku memandang lelaki di hadapanku.
Pakaiannya segak.
Tapi kenapa kena pakai topi dan topeng mulut?
Lelaki itu mengambil tempat di hadapanku.
" Saya tak tahu kenapa mereka semua aturkan makan malam ni. "
" Saya harap encik boleh terangkan sebabnya. "
" Kenapa saya perlu berjumpa dengan encik? "
" Ada apa-apa yang penting ke? "
" Yes, dear. I know the reason. " balasnya mula membuka mulut.
Tangannya mencapai tangan kananku yang berada di atas meja.
Aku terkejut.
Tapi genggaman kejap lelaki itu membuatkan aku kaku tidak melawan.
Sebelah lagi tangan lelaki itu mula mencabut topi dan topeng mulutnya lalu diletakkan di sisi meja.
Jantungku seakan mahu terhenti tika itu.
Betulkah apa yang aku lihat ketika ini?
Tangan kiriku menekup mulut.
Sangat terkejut.
Hoseok tersenyum lalu mengucup lembut tangan kananku yang berada dalam genggamannya.
Air mataku tumpah.
Mengalir berjuraian membasahi pipi.
" Jangan menangis, sayang. "
" You should be happy sebab dapat jumpa chagi. Kan? " gurau Hoseok cuba buat lawak.
Namun aku masih dapat lihat matanya mula berkaca.
Hoseok bangun dari tempat duduknya tanpa sedikit pun melepaskan genggaman tangan.
Perlahan-lahan dia berjalan ke tempatku.
Kemudian dia melutut di sisi kerusiku.
Dia mendepakan tangan sambil tersenyum.
Air matanya juga cuba ditahan sebaik mungkin.
Aku terus memeluknya.
Menangis semahu-mahunya.
Hoseok membalas pelukan.
Erat.
Matanya terpejam membiarkan air matanya menitis.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfic" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...