Part 8

242 14 0
                                    

Tamat waktu sekolah , Tzuyu duduk di perhentian bas sementara menunggu teksi. Bapa dia lambat balik so pakai teksi aje. Huhu.
" Lambatnya teksi ni. Kang aku kena culik ke apa, aku salahkan teksi. " rungut Tzuyu . Tiba-tiba ada satu kereta muncul di depannya .

Mark? Aik, kenapa dia muncul ni? Dalam satu hari tak boleh ke nak ganggu aku.  Rimas titew.. (Budak wechat) 😑 Cermin kereta dibuka.  Mark Tuan melebarkan senyumannya yang boleh dikatakan nak sampai ke telinga.  " Tzuyu, naiklah.  Saya hantar awak. " ajak Mark Tuan sambil menunjukkan tempat duduk penumpang. 

Tzuyu menggeleng.  Even darurat sekalipun,  dia tak akan tumpang.  "Ala, jomlah.  Tak susahkan saya pun. " paksa Mark Tuan.  Tzuyu buat layan tak layan.  Pon! Pon! Siapa pula yang duk hon ni? Pintu kereta dibuka.  Hmm.. Samuel. 

Samuel berjalan ke perhentian bas.  " Sayang, jom tumpang kereta baby.  Kenapa ni sayang? " sayang? Apa siak? Siap kenyit mata lagi. Barulah Tzuyu faham. Sekali sekala jadi jahat takpe jugak.  " Baby, Mark Tuan suruh sayang tumpang dia.  Tapi sayang tak nak susahkan Mark.  Mark, saya dengan Samuel balik dulu . Tata.. Jom baby. " "Jom. " ergh.. Geli.

Masuk je dalam kereta, muka Tzuyu masam. " Awak dah kenapa ha nak panggil sayang-sayang kat saya? Saya geli tau . Lainlah awak tu Jay Park, memang saya okey je tapi awak ni . Kalau dia bagitahu satu sekolah pasal gosip kita ber... "

" Pandai-pandailah saya jawab.  Tu pun nak risau.  Bukannya couple betul-betul. ".pintas Samuel selamba. " Awak takpelah.  Takde yang nak buli awak. Saya ni.  Nanti si Bomi buli saya bukan awak.  Awak faham ke tak?! " marah Tzuyu sambil merenung tajam Samuel.  Tiba-tiba sahaja Samuel mendekatkan dirinya dengan Tzuyu.  Tzuyu mula menelan air liur.  Apa yang dia nak buat ni?

" Mereka buli awak, buli jelah because I always with you ." bisik Samuel.  Suaranya agak romantis. Tzuyu mula berasa takut sekali.  Kenapa si Samuel ni? Ergh. Dada Samuel ditolaknya.  " I'm sorry.  Awak nak balik rumah kan? Ben, hantar dia balik rumah. " suruh Samuel.  Masing-masing mula malu.  Ben pula tersenyum-senyum aje.  Mereka membisu. 

💘

Kenapa si Bomi ni? Diajaknya keluar tapi senyap aje.  Yuri dan Rose memandang antara satu sama lain. "Beb, kenapa you senyap aje . You ajak kitaorang datang ni sebab apa ? Ke nak belanja kitaorang.  Demam ek? " Rose melawak. 

Yuri menyiku Rose.  Dah kenapa si Yuri ni? " Eh, you apasal siku I? Sakit tau. Huh! " soal Rose.  Yuri membuat isyarat senyap.  Rose hanya mengangguk. " Guys, stop it. I tengah badmood sekarang ni." adu Bomi. Badmood? Dah kenapa dia ni?

Air yang diminum Yuri diletakkan semula di atas meja.  " You kenapa badmood ni Bomi? Ada masalah? Share jelah. " kata Yuri.  Bomi menarik nafas panjang.  " I pelik tau.  Kenapa budak hingusan tu boleh jadi manager Kim Samuel? Kenapa bukan I? " keluh Bomi sambil memegang kepalanya.  " Ala. You kenalah buat plan jahat supaya Tzuyu tu tak jadi manager Samuel.  So you can be his manager. " cadang Yuri dengan senyuman sinisnya. 

Ada betul jugak kata Yuri.  Bomi mula memikirkan rancangan jahat buat Tzuyu.  Habislah kau.

His ManagerWhere stories live. Discover now