Part 16

209 14 0
                                    

Tzuyu p. O. V

Pedasnya ramen ni! But always be my favourite. Yummy! " Awak ajak saya makan ramen ni nak buat challenge ke? " aku menyoal.  Manalah tahu dia nak buat challenge, boleh aku buat video.  Viral terus.  " Takdelah.  Saja.  Hilangkan stress." jawabnya tenang. 

Nak tahu kami makan kat mana? Atas bumbung.  Makan sambil tengok bintang. Bestnya.  Dahlah sejuk.  Kami makan ramen dengan senyap. " Selama kau hidup kat dunia ni, kau ada tak impan? " dia bersuara tiba-tiba.  Impian? Of courselah aku ada impian. 

"Ada.  Impian aku, simple aje.  Aku taknak orang judge aku luaran aje. Aku harap sangat ada orang macam tu. Tapi aku syukur sebab aku ada sahabat sebaik Lalisa.  Dia kawan dengan aku dari kecik. Itu je yang aku nak dalam semua orang tapi sekarang orang tengok yang cantik dan handsome aje.  Awak pula? " ceritaku. 

Dia menghentikan suapannya itu. " Hmm... Semua orang fikir aku dah tunaikan impian saya tapi tak.  Banyak impian yang aku pendam.  Aku nak sangat ayah aku faham minat aku dan aku nak mendiang mak aku bangga walaupun dia dah takda.  Tapi, aku adalah minat sorang perempuan ni.  Dia biasa aje.  Senyuman dia manis.  Tapi sayang.  Perempuan tu tak suka kat aku . Nak buat macam mana kan. " jelasnya dengan titisan air matanya. 

Aku jadi sebak pula. " Kau rindukan mak kau ek? Aku faham apa yang kau rasa tapi kau kena tabah. Maybe Tuhan sayangkan mak kau.  Aku sure yang mak kau akan bangga dengan kau sekarang. " mak ai! Mata masuk habuk pula.

Dia ketawa.  Dah kenapa mamat ni? Lucu sangat ke.  " Mana adalah.  Aku nangis pasal crush reject aku lahai. " balasnya selamba.  Aku rasa nak balas dendam je.  Aku cubit lengan dia tu sampai naik biru. " Auch. Sakitlah! " gumamnya.  Aku hanya mencebik.  Padan muka. 

Tahi Bintang.  Orang tua-tua cakap kalau ada tahi bintang kena buat hajat. "Tahi Bintang! Buat hajat jom. " aku tak menghiraukan dia dan terus buat hajat aku.  Aku harap yang apa yang aku impikan selama ni tercapai.  Aku buka mata aku.  Eh, dia tak buat hajat ke. " Kau tak buat hajat ke? " aku bertanya.  Dia menggeleng.  "Rugi tau. " kataku.  Tapi dia masih bereaksi selamba. 

Aku hanya termenung. Cubalah aku jadi perempuan cantik.  Takde yang akan benci aku.  Tapi tu la. Zaman sekarang mungkin ada istilah 'please judge a book by it's cover'  . Maybe.

"Tzuyu! " apa dah berlaku? Samuel jatuh ke?  Aku toleh ke kanan dan... Kurang asam kau Sam! Dia pergi ambik gambar aku.  " See... Teddy bear ."dia tunjuk gambar kat aku.  Buruk siak! " Laa... Janganlah.  Please. Wuarghh!  Please. " aku memohon dah.

Dia pi jelir lidah kat aku.  Memang budak tak cukup makan kaki ni. " Nak post ke tak?" " Jangan aa.. Okey aku ikut cakap kau asal kau tak post gambar buruk aku tu.  Please! "

Dia macam memikirkan sesuatu. "okey! No problem.  Kau kena ikut arahan aku okey? " dia menghulurkan jari kelingkingnya.  Aku menyambut janjinya. 

💘

Pulang sahaja, Samuel sudah tersenyum-senyum.  Encik Park pun pelik dengan sikap anaknya.  Selalunya dengan muka dingin.  Tapi hari ni tak.  Ceria je. 

" Samuel, are you okay? " soal Encik Park dengan dahinya berkerut.  Takut kalau anaknya tak normal. " Okay ayah.  Yah, thanks sebab pertemukan Samuel dengan seseorang. " kata Samuel sambil tersenyum. 

Terima kasih? Untuk apa. " Kenapa nak ucap terima kasih? Ayah ada buat sesuatu ke? " kepalanya yang tidak gatal digarunya. "Yes you did. " jawab Samuel. 

💘

Satu sekolah kecoh pasal budak baru.  Entahlah siapa.  Tzuyu tak ambil tahu sangat.  Bukannya nak kawan ngan dia pun. Ada yang cakap budak baru tu bekas pelajar kat sekolah tersebut.

Suasana dalam kelas memang bising.  Cikgu pun lambat masuk.  Ergh! Nak study pun tak boleh.  Banyaklah kau punya study.  Tzuyu mengeluh. "Kalaulah aku ni pengetua, siapa yang buat bising walau kecik suara mana pun, aku bagi poin dimerit 50 . Kan Best? Aman je. " rungut Tzuyu. 

Lalisa pula tergelak.  Lawakke? " Yelah tu.  Sah-sah kau kena saman padan muka. " ejek Lalisa.  Lidahnya dijelir.  Dasar kawan tak menyokong.  ",Eh, cikgu datang. Bangun. Selamat pagi cikgu! " ucap ketua kelas dan diikuti oleh pelajar lain. 

Cikgu J-hope memberikan isyarat untuk duduk.  " Okay guys.  Hari ni ada pelajar baru.  Saya akan perkenalkan dia kepada kamu semua.  Come in. " arah Cikgu J-hope. 

"Annyeong. " Sunmi! Tzuyu!  Sunmi berjalan ke arah Tzuyu dan masing-masing berpelukkan.  Tak sangka sama kelas.  " Weh ,tak sangka kau sekolah kat sini? Kau apa khabar? Uncle aunty? " soal Sunmi.  "Okey aje.  Abang Jin kau tu pun okay " Tzuyu membalas. "Ish kau ni! " pipinya menjadi merah. 

Dan sejak hari itulah, mereka menjadi rakan sekelas yang rapat. Ada geng baru. 

His ManagerWhere stories live. Discover now