[7] HEP 🎊

442 29 0
                                    


"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

Aileen POV

Lepas je kejadian tu Furqan terus jadi driver aku. Sejujurnya aku tak selesa , tak suka dalam erti kata lainnya aku rimas sebab mana-mana aku pergi mesti Furqan ni kena ada. Lagi berapa hari je aku nak hadap SPM ni lepastu aku bebas dari sekolah serta Furqan maybe ? hehehe.

'Woit Leen !' sergah Eqa

'Waalaikumsalam. Haa kenapa ?' perliku

'Lepas habis paper Cikgu Syera nak buat trip , nak join tak ?'

'Trip ke mana ?'

'Trip ke UUM katanya saja nak bawak anak buah dia semua ni pergi melawat Universiti yang ada mana tahu lepas ni boleh sambung situ terus dia kata.' 

'Hm , kau pergi ke ?' soalku

'Of course la pergi. Jom la join sekali nanti aku nak duduk dengan siapa kalau kau tak pegi.' rayu Eqa

'Furqan ?'soalku lagi

'Dia kata dia pergi kalau kau pergi' kata Eqa dalam nada menyampah.

'Yelah , yelah aku pergi last trip punya pasal aku pergi.'

'Ok nanti aku bagi nama kat Cikgu Syera.'

Aku kembali menumpukan perhatian pada latih tubi maths yang tergendala tadi kerana Eqa. Alhamdulillah aku dah mahir sikit-sikit la berkat pertolongan si Furqan.

'Ibu , ayah lepas habis paper guru kelas Leen ada buat trip pergi UUM , Leen nak join boleh tak ?' tanyaku sambil mengunyah makanan yang ada dalam mulut. Tak senonoh betul kau ni Aileen.

'Boleh je.' jawab ayah pendek.

'Furqan pergi tak ?' abang menyoal

'Dia kata dia pergi kalau Aileen pergi.'

Abang hanya mengangguk mendengar jawapanku.


  🌸  🌸  🌸  🌸   

Aileen POV

Yeah dah bebas ! Esok pergi trip ! Lepas ni nak buat apa ek ? Patut ke aku kerja atau duduk rumah menternak lemak ? Kalau kerja nak kerja dekat mana ? Kalau nak stay dekat Perak dengan abang agak-agak ayah izinkan tak ?

Malam itu aku menyiapkan segala barang penting yang perlu dibawa. Baju , tudung , adik - kakak , pad em ok done kemas keperluan. Pagi tu sesudah solat subuh aku turun bawah bersama beg bajuku. Pergi hanya 3 hari 2 malam je. Aku bersarapan bersama ayah macam biasa. Aifar masih tidur , cuti sekolah la katakan.

'Ayah , Leen pergi dulu.' kataku dan menghulur tangan untuk bersalam.

Ayah menyambut huluranku kemudian ayah menghulur 6 keping not 50.

'Cukup ?' tanya ayah

'Eh cukup ni yah . Dekat Leen pun ada duit lagi ni.'

Sebaik sahaja bas bergerak aku pun bercadang ingin melelapkan mata. Aku jenis kalau nak tidur kena dengar lagu kalau tak mata ni langsung tak mahu lelap. Aku menggeledah begku mencari earphoneku. Eh mana pulak earphone ni ? Allahu baru teringat earphone tinggal bawah bantal.

'Qa, ada earphone lebih dak ?' tanyaku 

'Takdelah . Yang ni aku nak pakai , sorry.' jawab Eqa

Tiba-tiba ada tangan yang menghulur earphone dari hadapanku.

'Nah pakai ,aku ada lebih ni.' kata Furqan

Aku mencapai earphone yang dihulurnya.

'Thanks.'

Dan akhirnya aku terlelap . . .

'Leen bangun , dah sampai' kejut Eqa

Aku menggosok mataku kemudian mengeliat kecil.

'Ok now korang bebas nak tengok apa-apa je dekat U ni ok ? Korang kalau nak pergi fakulti lain korang boleh try naik bas macam student-student lain. Jangan jalan kaki pulak bahaya dan korang takkan sanggup jalan kaki pun tempat ni terlalu besar. Ok sekarang pukul 11 pagi , pukul 3 nanti kita jumpa disini balik eh ?' Terang Puan Syaheera

Aku seperti biasa berjalan dengan Eqa dan Furqan . Besar gila tempat ni. Penat berjalan tengok setiap fakulti yang ada di sini. Sedang aku meneroka fakulti komunikasi dan multimedia baru aku tersedar kelibat Furqan dan Eqa tiada bersamaku.  Aku mencari kelibat Furqan dan Eqa , tiba-tiba . . . .

Bukk

'Aduh'

'Sorry , sorry saya tak sengaja.' kata student tu

Sebaik sahaja aku mengangkat muka aku terkedu melihat orang yang melanggarku . . .

'Aileen ? Aileen Aldariya Saharul Adi ?' soalnya

'A . . . abang . . . Izz . . . Izzul ?' 

Aku terus ingin melarikan diri. Kenapa mesti aku jumpa manusia ni ? Lantas dia menarik lenganku.

'Hey wait Alda .' katanya.

Alda ? Aku benci dengar perkataan tu. Hanya dia seorang memanggilku Alda.

'What do you want ? Let go my hand please.' 

'Mana Alda pergi ? Abang rindukan Alda . . . Abang minta maaf atas apa yang dah jadi dulu. Abang minta maaf sakitkan Alda.' katanya sambil tanganya masih memegang lenganku

Mataku berkaca teringat memori silam tu. Aku benci manusia ni. Manusia ni la yang menghancurkan hidup aku dulu.

'Hey Aileen ?!' Panggil Furqan

Lantas pegangan Izzul pada lenganku dilepaskan. Aku berlari kearah Furqan dan menarik lengan Furqan.

'Are you ok ? Siapa lelaki tadi ? Kau kenal ke ?' soalnya sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di sebuah kerusi diluar bangunan fakulti tersebut.

'Furqan , pusing membelakangi aku boleh ?' pintaku

Furqan membelakangi aku kemudian aku menyandarkan kepalaku dibelakang Furqan. Setitis demi setitis air mataku jatuh.  Furqan agak terkejut dengan perlakuanku tapi dia hanya membiarkannya. Memori silam itu kembali bermain di minda. Dadaku sakit. 

Furqan POV

Terkejutku bila terasa kepala Aileen disandarkan pada belakangku. Aku terdengar esakkan kecil dari Aileen. Apa sebenarnya yang berlaku ni Aileen ? Siapa lelaki tadi ? Kenapa kau menangis sampai macam ni sekali ? Pelbagai persoalan bermain di mindaku tentang lelaki tadi. Apa kaitannya dengan Aileen ?

'Thanks' kata Aileen

'Feeling better now ?' soalku lalu menghulur sekotak susu coklat kepadanya.

'Em , eh takpe kau minumlah.' tolak Aileen

'Cik Aileen , aku beli ni memang untuk kau. Aku tak minum susu la cik kak oi.' kataku

'Oh ek ? hehehe Thanks' ucapnya

Kemudian suasana menjadi sepi . . . Siapa lelaki tadi ? Aku terdengar dia panggil Aileen tu Alda . Patut ke aku tanya abang Aidan pasal ni ? Ahh aku kena tahu juga kalau tidak aku yang serabut fikir nanti. Malam nantilah baru aku contact abang Aidan untuk bertanyakan tentang lelaki yang memanggil Aileen sebagai Alda. Aku tak mahu bertanya pada Aileen kerana aku takut dia akan menangis lagi dan kalau aku tanya pun Aileen bukannya mahu bercerita atau berterus terang dia pasti akan mengelak.

  ❣️   ❣️   ❣️    ❣️

Sorry pendek je mood tak berapa nak baik hm . . . . . . . .

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now