[23] HEP

303 20 1
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

Aku meninggalkan Afif dan Leeysa yang sudah nyenyak di dalam bilik. Aku keluar mengambil angin di tepi tasik yang ada di situ.

'Assalamualaikum , Furqan.' Sapa seorang wanita bertudung labuh.

'Waalaikumsalam.' Jawabku.

'Boleh saya duduk sekali ?' soalnya sopan.

'Boleh.Duduk jelah.'

'Awak apa khabar ?' soalnya.

'Masih Furqan yang sama. Awak banyak berhutang dengan saya Miruka.Jadi saya nak awak bayar hutang-hutang awak. Saya tak nak bazir masa.' Kataku berterus-terang.

'Awak nak saya mula dari mana ?'

'Dari mana-mana yang awak rasa saya patut tahu.'

'Saya dan Rayqal sudah bernikah. Sudah hampir 2 tahun kami bernikah.'

'Sampai hati tak bagitahu saya. Tak jemput saya pun. Jadi , mana Rayqal ?'

'Awak dengar je cerita saya dulu boleh ? Dah habis saya cerita nanti baru awak boleh soal saya macam-macam.'

'hehehe sorry. Sambunglah.' Kataku.

'Rayqal memilih untuk masuk tentera. Katanya dia minat dengan tentera , dia belajar di Jepun pun semua kerana ibunya yang inginkan dia belajar dia sana. Alhamdulillah masa dia bawa balik saya berjumpa dengan ibunya , ibunya menerima saya dengan baik. Setelah hampir sepuluh bulan dia menyertai tentera dia perlu bertugas di luar , ada operasi. Semasa itu , terlalu berat hati saya untuk melepaskan dia pergi.' Kata Miruka dan berjeda sebentar.

'Selepas beberapa hari berangkat ke sana , saya mendapat panggilan dari ketua Rayqal mengatakan Rayqal diserang dan dia dalam keadaan kritikal. Mereka akan hantar Rayqal pulang secepat yang mungkin. Setelah beberapa hari dia berperang dalam keadaan kritikal , Allah telah menjemput dia kembali.' Kata Miruka sambil mengesat air matanya.

'Dia ada meninggalkan surat sebelum dia pergi. Di surat itu ada tertulis , jika saya berjumpa dengan awak dia minta saya serahkan sesuatu kepada awak. Ini benda yang dia suruh saya serahkan pada awak.' Miruka menyerahkan sebuah sampul kepadaku.

"Furqan ,

Kau masih ingat pada janji kita dulu ? Janji yang kau akan jagakan Miruka untuk aku bila aku dijemput Illahi. Aku harap kau masih ingat dan kau boleh tunaikan janji kau. Aku mohon pada kau untuk bernikah dengan Miruka , tolong jagakan dia. Kau seorang sahaja yang aku boleh harap. Dan aku percaya kau boleh jaga Miruka sebagaimana aku jaga Miruka.

Your bro buddyz , Rayqal"

Allahu Rayqal , berat sangat permintaan kau ni. Tapi demi kau aku cuba tunaikan permintaan kau.

'Awak dah baca ke apa isi surat ni ?' soalku kepada Miruka.

'Tak , saya tak baca sebab itu antara awak dengan Rayqal jadi saya tak boleh baca.'

'Saya izinkan awak baca. Dan saya nak awak baca sekarang.' Aku menghulurkan surat itu kepada Miruka.

Setelah selesai membaca isi surat itu Miruka kembali menyerahkan surat itu kepadaku.

'Jadi awak akan tunaikan janji awak dengan Rayqal ?'

'Saya tak pasti. Tapi saya dah berjanji dengan dia.'

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now