"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."
Furqan yang pemalu telah jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri. Tetapi masa memisahkan mereka selama 6 tahun. Satu kejadian telah menimpa Aileen dan...
"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."
💞 💞💞
'Aduh !' teriakku.
'Are you ok Miss ?' soal seorang lelaki.
Aku mendongak dan . . . . err macam kenal lelaki ni tapi . . .
'Hello ? Kau ok tak ni ?' soalnya lagi sambil melambai-lambaikan tangannya dihadapan mukaku.
'Haa ok ok' jawabku.
Aku cuba berdiri tapi malangnya kaki aku tak mahu beri kerjasama masa tu juga dia nak kejangnya pun.
'Kau boleh bangun tak ni?' soal lelaki dihadapanku.
Aku hanya menayang sengihan dan menggelengkan kepalaku ke kiri dan ke kanan. Lelaki tersebut memegang lenganku dan membantuku bangun.
'Thanks' ucapku.
'Welcome Aileen Aldariya' jawabnya.
'Macam mana tahu nama saya ?' soalku terkejut.
'Aku kenal kau , kau mungkin tak ingat siapa aku.' Balasnya dan terus berlalu pergi.
Aku hanya memandangnya yang berlalu pergi dan fikiranku sedang memproses kata-kata lelaki tersebut.
'Lajunya Leen lari penat abang kejar.' Kata-kata Effy mengganggu lamunanku dan menghentikan proses kata-kata tadi.
'Eh Leen kenapa dengan lutut tu ? Leen jatuh ke ?' soal Effy.
Mataku terus terarah ke lututku. Oh my Allah seluar favourite aku weh.
'Haah Leen terjatuh tadi.' Jawabku pendek.
'Heh macam mana leh jatuh ni ? Jom balik la macam ni. Boleh jalan tak ni ?'
'Alah sikit je ni boleh je jalan bukannya patah pun kaki Leen ni'
Didalam kereta hanya kedengaran omelan abang Effy terhadapku tapi aku tidak fokus kepada apa yang sedang diomelnya. Fikiranku melayang kepada lelaki yang membantuku tadi. Siapa dia ? Adakah dia seseorang yang aku pernah kenali dulu ? Ya Allah kau kembalikanlah memoriku.
'Leen ! Tak nak keluar dari kereta ke ? Dah sampai rumah dah ni.' Teriak Effy.
Aku tersentak mendengar suara abang Effy yang menerjah gegendang telingaku. Aku lekas keluar dari kereta dan di laman rumah aku terlihat Aimeen dan Rafiq sedang berbual mesra. Baru balik dating lah tu.
'Kau buat apa kat adik aku ?' soal Aimeen sebaik sahaja melihat kakiku.
'Sorry sikit eh adik kau jatuh sendiri bukannya salah aku.'
'Eleh aku yang bawak dia keluar sepatutnya kau yang bertangunggjawab atas dia kalau apa-apa jadi dekat dia. Kau boleh kata bukan salah kau ?' Aimeen membalas.
Belum sempat Effy membalas kata-kata Aimeen aku terlebih dahulu mengeluarkan suara.
'Dah la ! Sehari tak bertekak tak boleh ke hah ?! Sakit telinga aku dengar korang bertekak tahu tak ?!' Aku mengeluarkan highnote ku.
Effy dan Aimeen tergamam dan hanya membalas pemergianku dengan pandangan yang terkejut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.