[13] HEP 😊

418 23 2
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞 💞

'Ibuuuuuu !' laung Aileen.

'Ya Allah budak bertuah ni ! Apa jerit-jerit ni , elok sangat la tu anak dara terjerit-jerit nanti tak ada orang nak padan muka.' bebel Puan Aisyah.

Aileen hanya menayang sengihan apabila mendengar ibunya membebel.

'Leen dapat kerja dah bu !' kata Aileen teruja.

'Alhamdulillah , tahniah. Dah masuk , tercegat apa kat luar panas tu.'

Aileen bergegas masuk ke dalam rumah dengan keriangan. Mana taknya dia minat dengan bidang pekerjaan yang dia dapat.

'Engkau dapat kerja ke Leen ?' Soal Aimeen sebaik sahaja melihat Aileen menggengam sehelai kertas.

'Haah. Aku dapat jadi graphic designer weh dekat De'Fam Holding !'

'Aku macam pernah dengar ah nama De'Fam Holding tu. Tapi dimana ya ?' Kata Aimeen.

Furqan POV

Bismillah . . .

'Welcome home adik along !' jerit Farzah

'Apa benda jerit-jerit ni long.' Kataku sambil mengambil Afif dari dukungan along.

Sudah genap 6 tahun aku tinggalkan tanah air. Rindu sungguh dengan family aku. 

'Ayahh cuuu !'  jerit Leeysa

'Hi princess ayah ! Besar dahh , rindunyaa.' kataku sambil membalas pelukan Leeysa

'Leeysa pun rindu ayah . Ayah pergi mana ?' soal Leeysa.

'Ayah pergi belajarlah sayang. Leeysa sihat ?' kataku sambil mencuit hidungnya.

'Dah , dah sambunglah lepas rindu dekat rumah k. Jom balik , mummy tunggu dekat rumah.' sampuk along.

'Ayah Leeysa nak ayah dukung boleh ?'

'Tak payah mengada Leeysa , awak tu dah besar ye.'

'Alah takpelah long , sekali sekala dia nak manja dengan aku.'

'Yeay ! Sayang ayah!' katanya sambil mengucup pipiku.

Didalam kereta hanya dipenuhi dengan suara Leeysa yang bercerita tentang dirinya semasa ketiadaan aku.

'Ayah tahu tak masa ayah tak ada Leeysa main dengan Papa cu je. Main dengan papa cu tak best , papa asyik buli Leeysa je.'  

Kata-kata Leeysa mengundang tawaku. Aduhai anak buah aku seorang ni , Fariz tu pun satu , tak reti nak beralah dengan budak. Budak kecik ni banyak mulut betul. Afif anak kedua along dah terlelap disebelah kakaknya.

Sebaik sahaja sampai dirumah tubuhku terus didakap oleh mummy.

'Ya Allah anak mummy ! Rindunyaaa. Makin segak la anak mummy ni.'

'Furq pun rindu dekat semua. Anak mummy ni memang segak dari dalam rahim mummy lagi.'

'Tengoklah sperm siapa.' Dengan angkuhnya daddy menyampuk.

Laju sahaja tangan mummy mendarat pada bahu daddy.

'Apa benda la cakap depan anak cucu macam tu.'

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now