[17] HEP 😳

383 22 2
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞



'Haachum'

'You ok tak ni ?' soalnya.

'I ok , cuma boleh tak you turunkan suhu aircond ? I sejuk' kataku dengan sedikit getar pada suara akibat kesejukkan.

Laju tangannya menurunkan suhu aircond. Keadaan didalam kereta agak janggal , tidak ada apa yang hendak bualkan. Aku menoleh ke belakang , budak berdua tu tidur rupanya. Bila mereka tidur lagilah menambahkan kesunyian dan kejanggalan antara aku dan dia.

Aku merasakan sesuatu , merasakan sepertinya perkara seperti ini pernah terjadi. Aku rasa dejavu. Adakah aku mengenalinya sebelum ini ?

'Aileen ? Hello ? Kita dah sampai rumah you ni.' Katanya sambil melambaikan tangan dihadapan mukaku.

'Eh ? Macam mana you tahu rumah I ?' soalku pelik.

'Err tadi you ada cakap alamat la.'

'Eh yeke ? I rasa i tak cakap pun.'

'Adalah you yang lupa.'

'Oklah i turun dulu. Thanks tumpangkan i.'

'Not a big deal lah. Make sure mandi terus nanti you demam teruk pulak.' Katanya sambil mengusap lembut kepalaku.

Aku terkaku dengan tindakannya. Dia berdehem kerana melihat aku terkaku.

'Bye !' kataku dan aku segera keluar dari kereta itu.

Terasa membahang mukaku. Aku terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa menunggu keretanya hilang dari pandangan.

Furqan POV

Allahu Furqan , kau sedar tak apa kau buat tadi ? Ahh lepas ni kena behave sikit k Furqan. Haduila macam mana la boleh TER-usap kepala dia. Sebaik sahaja sampai dirumah aku mendukung Leeysa dan Afif yang sudah tertidur masuk ke dalam rumah.

'Lambat kau balik harini ?' Soal Farzah.

'Ada hal sikit tu yang lambat balik tu.'

'Yeke ? Hal apa yang penting sangat tu ?'

'Adalah. Sibuk je nak tahu.' Kataku sambil menjeling along.

'Bukan kau dating dengan kekasih lama ke tadi ? Buat drama korea dalam hujankan ?'

'Apa benda kau merepek ni long ?'

'Eleh , tadi aku dengan suami aku singgah office jap lepastu aku ternampak drama korea free tadi. Siapa dia tu ? Aileenkan ?' soal along.

'Ye dia Aileen. Dah la malas layan kau. Nak naik mandi , nak rehat , penat.'

Cepat-cepat aku beredar sebelum along melalut lagi jauh. Seusai mandi aku menunaikan solat maghrib. Mujurlah dah solat asar dekat office tadi kalau tidak terlepas la asar aku. Sesudah menunaikan solat maghrib aku merebahkan diri diatas katil sementara menunggu masuk waktu isya'. Fikiranku melayang mengingati perkara yang terjadi tadi. Hanya mengingat perkara itu sudah cukup membuat jantungku bergetar hebat dan kelopak mataku memberat . . . . dan akhirnya aku ke alam mimpi.

Aileen POV

'Kau ok tak ni kak ?' soal Aifar.

'Hmm' jawabku.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now