[19] HEP 😡

391 17 6
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞



'Nur Aileen Aldariya Binti Saharul Adi , will you marry me ?' Lamar Furqan.

'Err , are you serious Tuan ?' soalku.

'I'm serious. Yes or no ?'

'maybe . . . . '

Kringggggg !!!!!

Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh mimpi bos lamar aku ni weh ? Nasib baiklah alarm bunyi kalau tak mesti dah melalut dah mimpi tu. Aku segera bangun dan membersihkan diri. Setelah itu aku menunaikan solat subuh , selesai sahaja solat aku kembali cuddlling dengan katil. Hm mata tak mahu lelap pulak, selalunya bila cuti je mula la nak membuta je. Aku bangun dari baringan dan membuka langkah ke dapur.

'Morning anak ibu' sapa ibu ceria.

'Morning bu.'

'Mimpi apa kau bangun awal harini kak ?' soal Aifar.

'Hm aku mimpi kena lamar.' Jawabku selamba.

'Siapa orang yang malang lamar kau tu?'

'Rahsia.'

'Eleh'

'Ibu , ayah nak ikut Aileen tak minggu depan ?' soalku.

'Pergi mana ?'

'Leen ada family day , buat dekat Selangor.'

'Minggu depan tak boleh la Leen. Ibu dengan ayah ada urusan lain.' Ujar ayah.

'Habistu Leen nak ajak siapa ni ?' soalku dengan nada kecewa.

'Orang sebelah Leen tu kan ada.' Kata ibu.

'Aifar nak ke ?'

'Aku ok kalau kau support semua. Berapa hari ?'

'Kena support kau pun aku sanggup janji bukan aku sorang. 3 hari 2 malam je. Hari rabu ni sampai jumaat.'

'Ok . Nanti kau pack barang aku eh' ujar Aifar.

'Pehal aku pulak kena pack barang kau ?' soalku dan memandangnya tajam.

'Dah kau nak aku teman , kaulah kena siapkan semua barang aku.' Katanya selamba.

'Haih , dah la aku kena support kau , barang kau pun aku nak kena pack.'

'Nak aku ikut ke tak ?' ugutnya.

'Yelah ,yelah' aku mengalah.

Memang tak la aku nak duduk seorang dekat resort tu. Aku memang sejenis yang tak suka stay hotel seorang diri. Apatah lagi resort so aku kena usung juga si Aifar. Selalunya kalau bercuti ibu tak akan pilih untuk stay homestay sebab aku memang tak suka homestay. Better lagi hotel or resort. Walaupun hotel,resort mahupun homestay itu menakutkan bagi aku sebab tu aku tak suka , aku lebih rela stay resort or hotel.

__________


Aku menghabiskan sisa-sisa masa yang ada selama 2 hari untuk menyiapkan kerja dan aku sanggup buat overtime selama 2 hari itu demi mendapatkan family day yang amat aman dan menyeronokkan tanpa perlu memikirkan kerja yang tertangguh.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now