[27] HEP

356 19 5
                                    


"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞


Majlis berlangsung dengan sungguh meriah. Mana taknya dua sekali mempelai naik pelamin. Tak sangka aku dah jadi isteri orang sekarang. Heee. Tak sabarnya nak jadi isteri mithali. Ops termiang pulak hehehe.

'Oi ! Berangan !' Sergah Erfan.

'Kau tak boleh panggil orang elok-elok ke?' marahku.

'Takyah la marah-marah japgi buruk muka kau. Dah la hari bahagia kau pulak tu , nak ke muka tu buruk japgi Qiu cari pengantin lain.'

'Ada yang kena sekeh dekat sini jap lagi kang.'

'Hahahahaha. Tahniah la princess umi yang gedik. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Jaga perangai tu sikit , kau tu dah jadi isteri orang.' Ujar Erfan.

'Eleh gedik-gedik aku pun umi sayang. Thanks. Kau tu cepat-cepat kahwin kay.'

'Aku muda belia lagi, awal lagi nak kahwin. Ekonomi pun tak kukuh lagi. Lagipun aku takde la miang sangat macam kau nak kahwin awal-awal.' Ujar Erfan selamba.

'Kau sehari tak menyakitkan hati aku tak sahkan ?' Aku menjelingnya.

'Sayang' panggil Qiu.

Err rasa macam kekok pulak bila dengar Qiu panggil sayang and aku tak tahu nak panggil Qiu apa. Selalu aku-kau je tapi ni dah kahwin takkan nak guna aku-kau lagi kot ?

'Errr . . . Ye ?'

'Aifar cari awak tadi. Dia kata ada orang nak jumpa awak.'

'Siapa ?'

'Entah. Tapi Aifar kata orang tu tunggu dalam bilik awak.'

'Ohh . . . Ok saya pergi jumpa orang tu sekejap eh.'

'Jangan lama-lama tau.' Pesannya.

'Kenapa ?' soalku pelik.

'Nanti saya rindu.'

Aduh Qiu nak berciaa ciaa pulak kat sini. Aku menjeling Erfan di belakang Qiu. Mukanya menayangkan riak loya mendengar kata-kata Qiu. Nasib la tak ramai orang kat sini kalau tak lama dah aku kena bahan ni. Aku cepat-cepat meloloskan diri daripada Qui dan Erfan.

Aku lihat seorang wanita sedang duduk di atas katilku. Aku cuba mengawal riakku apabila terlihat wajah wanita tersebut.

'Aileen ?' panggilnya.

'Kau masih ingat akukan sebenarnya?' Tuturnya.

Aku hanya mendiamkan diri dan menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulutnya.

'Dari pandangan kau aku tahu Aileen. Kenapa kau masih rahsiakan perkara ni ? Kenapa kau tak mahu berkongsi berita gembira ni dengan semua orang ? Kalau kau tak mahu kongsi dengan semua orang pun at least your family should know about this.'

'Aku tak nak ingat benda lama. Why should i tell everyone if at the end i will stuck in that things ? Aku tak mahu terpenjara dalam memori silam. Aku nak orang tahu yang aku ok.'

'At least you should share with someone. Jangan pendam Aileen. Come tell me everything. I miss you a lot. I miss the old Aileen Aldariya.' Pujuknya.

'Kalau aku dah bersedia aku akan share everything dengan kau. Sekarang belum masanya lagi. Thank you sebab datang sini cari aku. Can i hug you ?'

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now