[26] HEP

344 18 3
                                    


"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞


Sesudah solat subuh aku tidak kembali menyambung aktiviti harianku iaitu tidur. Aku bersiap awal dan sempat juga aku menyiapkan sarapan untuk budak dua orang tu. Setelah aku melayan kerenah Leeysa dan Afif , kami terus bersiap dan menuju ke airport. Harini mummy dengan daddy balik jadi boleh la aku berterus terang tentang rencanaku.

'Mummy !' laungku sebaik sahaja terlihat bayang mummy.

Aku terus berjalan laju ke arah mummy dan daddy. Ciumanku mendarat pada tangan dan pipi mummy dan daddy.

'Pap !' bahuku ditepuk oleh seseorang.

Aku menoleh kebelakang dan sebuah tumbukan manja mendarat di perut manusia itu.

'Adoi kau ni ! Sakit la !' raungnya.

'Kesah pulak aku. Kau asal menyemak sini ?'

'Biarlah aku nak balik tempat asal aku. Apa masalah kau ?' balasnya kembali.

'Assalamualaikum' ucap seorang wanita.

'Waalaikumsalam' jawabku.

'Eqa ?!' kataku lagi.

'Ye ni aku Eqa.' Ujarnya.

'Kenapa kau ada kat sini ?' soalku pelik.

'Dia ikut aku baliklah. Tu sebab dia ada dekat sini bengong.' Kata Fariz.

'Haih korang ni mummy dengan daddy ni baru balik umrah korang boleh pulak nak bergaduh dekat tengah-tengah airport ni. Ada yang kena piat telinga dengan mummy jap lagi ni.' Omel mummy.

'Jomlah mummy , daddy kita balik. Banyak benda yang Furqan nak bincang dekat rumah nanti.' Kataku.

Malas mahu melayan si Fariz sengal tu. Tak habis-habis nak bertekak , kalau tak jumpa rindu bila dah jumpa bertekak je kerjanya.Sebaik sahaja sampai di rumah aku mengangkat barang mummy dan daddy. Along pula sudah pulang ke rumahnya sendiri , katanya dah lama sangat tinggal rumah.Selepas selesai mengangkat barang mummy dan daddy aku ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

'Apa benda yang Furqan nak bincang dengan mummy dan daddy ?' soal daddy tiba-tiba.

'Esok-esok la Furqan beritahu. Daddy pergi la berehat dulu.'

'Malam ni kita bincang eh. Nanti malam along nak datang , eloklah bincang masa semua tengah ada nanti.' Ujar daddy lembut.

Aku hanya membalas dengan anggukkan. Daddy berlalu ke bilik untuk berehat. Fariz ? Sudah lama terbongkang dalam bilik. Sampai sahaja dirumah terus terjun atas katil. Masih dalam mood jetlag lagi katanya. Lantak kau la Fariz , aman sikit hidup aku kalau kau tidur.


_______

'Assalamualaikum' ucapku.

'Waalaikumsalam'

Eh asal macam ramai je yang jawab salam aku ? Mataku melilau mencari ibu. Eh ?

'Umi !!!!' jeritku dan aku berlari-lari anak lalu tubuh umi aku dakap.

'Ish tak senonoh betul budak kecik ni.' Omel abang Eman apabila melihat tingkahlaku-ku.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now