"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."
💞 💞💞
"Awak , bangun. Ni saya ada masakkan bubur untuk awak. Awak tak makan lagi dari pagi tadi nanti perut masuk angin.' Aileen menggoncang sedikit tubuh Qiu yang sedang tidur itu.
Qiu masih kaku , tiada sebarang tindak balas dari Qiu.
'Awak bangunlah. Jangan tidur je. Saya tahu la awak tak sihat tapi awak kena makan juga tau.' Kata Aileen tegas dan menggoncangkan tubuh Qiu dengan lebih kuat.
Masih sama , kaku.
Aileen panik kerana tiada tindak balas dari Qiu. Cepat-cepat dia mengambil telefon pintarnya , hanya satu nama yang terlintas di kepalanya , Aifar !.
'Aifar ! Tolong aku !' kata Aileen panik.
'Kau kenapa kak ?' soal Aifar pelik, Salam tiada , apa tiada tiba-tiba sahaja minta tolong.
'Qiu !' katanya dengan suara yang menahan tangisan.
'Kenapa dengan dia ?' soal Aifar lagi.
'Please jangan banyak tanya , datang rumah aku sekarang. SEKARANG !' ujar Aileen.
Mendengarkan suara Aileen yang hampir menangis itu , Aifar bergegas bergerak ke rumah Aileen. Setibanya dia di rumah Aileen , tanpa memberi salam dia terus menerjah masuk ke rumah kakaknya itu.
'Kak !' jerit Aifar.
Aileen berlari mendapatkan Aifar , lantas tubuh Aifar dipeluknya erat. Tangisannya pecah dalam pelukan Aifar.
'Hey ? Kau kenapa ni?' soal Aifar lembut.
Aileen melepaskan pelukan dan menarik tangan Aifar ke biliknya dan Qiu.
'Qiu . . . dia tak bangun dari tadi . . . aku dah gerak dia banyak kali tapi dia still tak bergerak.'
Aifar tangkas periksa nadi Qiu.
'Ambil kunci kereta cepat. Kita pergi hospital sekarang.' Ujar Aifar.
Aileen hanya patuh dengan arahan Aifar. Dalam hatinya tak henti-henti berdoa , suaminya tidak apa-apa.
xxxxx
'Awak , kenapa tak bagitahu saya yang awak sakit ? Kenapa awak tanggung sakit awak sorang-sorang ? Sampai hati awak tak share dengan saya.' Luah Aileen.
Aileen menggenggam tangan Qiu yang terlantar di atas katil hospital itu. Tiba-tiba genggaman itu dibalas.
'I'm sorry. Saya tak nak awak sedih. Come lay beside me.' Pinta Qiu lemah.
Aileen mengambil tempat disebelah Qiu lalu memeluk badan lelaki itu. Dia tak dapat menahan rasa dan tubir matanya terasa panas.
'Shh ! Don't cry. Saya tak nak hari-hari terakhir saya dipenuhi dengan air mata awak.' Ujar Qiu.
Aileen diam. Dia menyorokkan mukanya didada Qiu.
'Listen here, kalau saya dah tak ada nanti , awak jaga diri tau. Nanti akan ada orang yang lindung awak, jaga awak macam mana saya lindung dan jaga awak. Saya ada beli hadiah untuk awak , nanti awak bukak almari baju saya , dalam tu ada satu kotak and awak bukalah kotak tu tau.'

YOU ARE READING
Hai Encik Pemalu !
ChickLit"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart." Furqan yang pemalu telah jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri. Tetapi masa memisahkan mereka selama 6 tahun. Satu kejadian telah menimpa Aileen dan...