[20] HEP

349 20 0
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞


Aku yang sedang lena dibuai mimpi terasa tidurku diganggu. Terasa seperti katilku dihenyak-henyak. Aku terpaksa menangguhkan perjalananku ke alam mimpi yang lebih indah iaitu bertemu dengan IU di dalam mimpi. Aku membuka mata lalu cahaya menerjah masuk ke dalam retina mataku dann . . . .

Buk !!

'Ahhh !' jeritku.

'Opss sorry ayah , Leeysa tak sengaja.'

'Meh sini baring sebelah ayah'

'Tak nak la , ayah busuk.' Kata leeysa.

'Oh berani ye cakap ayah busuk' kataku lalu memeluk Leeysa dan Afif yang hanya mengikut apa yang dilakukan oleh Leeysa.

'Eii apa ayah ni ! Bangun la cepat , ayah kata harini kita nak pergi jalan-jalan.'

'Allahu , ayah lupa !' kataku sambil menepuk dahi.

'Leeysa dengan Afif tunggu dekat bawah nanti ayah mandi lepastu kita pergi eh.' Sambungku lagi.

Bergegas aku bersiap. Macam mana la boleh lupa harini ada family day. Patutnya pukul 8 dah gerak ni sekarang dah pukul 9 ! Ni sebab semalam hantar along ,mummy dan daddy pergi airport punya pasal la ni , dah la semalam balik kerja lambat lepastu tengah malam hantar mereka pergi airport pulak.Mujurlah segala barang budak-budak tu along dah siapkan. Setelah bersiap dan memastikan penampilanku segak , kemas dan bergaya aku membawa segala barang yang perlu dibawa dan letakkan didalam kereta.

'Leeysa , Afif jom !' jeritku dari garaj kereta.

Terkedek-kedek Leeysa dan Afif berlari ke arahku. Aku mendukung Leeysa dan Afif lalu meletakkan mereka di dalam perit kereta. Pintu rumah aku aku kunci dan setelah memastikan aku meninggalkan rumah dalam keadaan selamat aku memecut laju kereta kesayanganku. Perjalanan ke Selangor memakan masa selama 3 jam setengah dan akhirnya aku sampai di Tadom Hill Resort.

Leeysa dan Afif sudah lena dibuai mimpi aku tinggalkan sekejap dan pergi ke receptionist. Seusai selesai check in dan mengambil kunci , aku mengendong kedua-dua mereka lalu perlahan-lahan meletakkan badan mereka di atas katil. Setelah memastikan mereka selesa aku keluar mengambil angin segar sebentar. Kemudian aku mengambil segala barang di kereta.

'eh Tuan , baru sampai ke ?' soal Afrina , salah seorang pekerja dibawah bahagian pemasaran.

'haah baru sampai.'

'Banyak beg Tuan. Nak saya tolong ?' pelawa Afrina.

'Beg saya satu je ni semua beg anak buah saya. Takpe saya boleh bawa sendiri.' Tolakku sopan.

'Oh , ok. Tuan rehat dulu , aktiviti untuk petang ni aktiviti santai je.' Kata Afrina.

Aku hanya membalas dengan anggukkan dan berlalu kembali ke chaletku. Apabila tiba dihadapan pintu chaletku aku aku terlihat Leeysa dan Afif barada dalam pelukan Aileen.

'Eh Aileen , you buat apa kat sini ?'

'Eh Tuan, kebetulan tadi i lalu sini lepas tu i tengok si Leeysa dengan Afif menangis depan pintu.'

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now