[24] HEP

329 21 3
                                    



"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

💞 💞💞

Keesokan pagi aku dah boleh check out bilik yang sangat selesa ni. Sepanjang malam Qiu menemani aku. Puas aku halau dia balik dia tetap berkeras nak teman aku. Aku discharge ni pun dia yang bawa aku balik.

'Nanti apa-apa bagitahu aku eh. Bila free nanti kita pergi tempat tu.'

'Yelah. Terima kasih sebab teman aku semalaman.'

'No hal lah. Bye jaga diri.' Pesannya.

Aku mengambil masa membersihkan diri dengan sepantas mungkin dan bersiap dengan pakaian sukan. Aku terus ke court bola tampar untuk menyertai aktiviti yang sudah dirancang.

'Eh Leen dah ok ke ?' soal kak Aina apabila menyedari kehadiranku.

'Dah ok dah. Gastrik je tak ada apa pun.' Jawabku

'Eleh ok la dah cik abang sayang yang jaga.' Perli kak Fiera.

'Tang mana cik abang sayangnya kak oi. Tu sepupu je bukan cik abang sayang orang.' Balasku.

'Elele ngaku jelah tu cik abang sayang ko.' Kak Fiera masih teguh kenyataannya.

'Terserah akak la nak cakap apa. Leen nak join main sekali boleh tak ?' malas aku mahu berperang mulut dengan kak Fiera ni.

'Boleh ! Join team bos la sebab team akak dah full.' Kata kak Aina.

'Team bos pun team bos la kak. Janji orang dapat main.' Balasku dan terus menyertai team bos.

Tengah syok main tiba-tiba tali kasut aku terlerai pulak. Hailah tali kasut time-time tengah main ni la kau nak terlerainya. Aku bercangkung untuk mengikat tali kasutku.

'Leen !' jerit seseorang.

Aku memandang gerangan yang menjerit namaku. Dah kenapa si tuan Furqan jerit nama aku pulak. Pantas dia berlari ke arahku dan melindung aku.

Pap !

Bola yang di-serve oleh Aifar terkena pada kepala Furqan dan kepala Furqan pula terhantuk pada kepala aku. Berpinar sekejap mataku apabila terhantuk dengan Furqan. Semua orang terkaku melihat bos kesayangan diorang terkena bola semata-mata nak lindung aku.

'Tuan ok tak ?' soal Mira.

'Saya ok je. Korang boleh teruskan main , saya duduk tepi sekejap.' Ujarnya lalu duduk di bangku yang disediakan di tepi court.

Aifar pantas berlari mendapatkanku. Dan terus memelukku.

'Kau ok tak ni kak ? Yang kau pergi ikat tali kasut tengah-tengah court tu dah kenapa ?' katanya geram.

'Ei aku ok. Manalah aku tahu bola tu nak datang dekat aku. Dah kau pergi tanya abang kesayangan kau ok ke tak , dia yang kena bola bukan aku.' Bebelku.

Aifar terus meninggalkanku dan pergi ke Furqan. Nak elak kena bebellah tu. Aku mengikuti langkah Aifar dan duduk di bangku berdekatan dengan mereka.

'Kau ok tak ni bang ? Yang kau pergi halang bola daripada kena dia tu dah kenapa ? Elok biar je dia kena bola tu , biar dia rasa baru padan muka dia.' Sengaja Aifar meninggikan nada suaranya.

Nak perli akulah tu. Salah kau jugak dik oi yang pergi serve bola ke situ buat apa. Eiii nak je aku sekeh-sekeh kepala kau Aifar.

'Aku ok la Aifar. Dah sayang mestilah aku tak nak tengok dia sakit.' Ujar Furqan perlahan.

Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now