"Hani.. Nanti ikut mama ye sayang?" Puan Sham menggosok kepala anaknya perlahan. Mata bundar milik Hani menatap wajah mamanya.
"Nak pergi mana?" lancar pertanyaan keluar dari mulut budak berumur 6 tahun itu.
"Kita pergi rumah kawan mama je,"
"Jauh ke?"
"Takde lah sayang. Dekat je. Nak ikut tak ni?"
"Ijie ada?"
Hani terus melompat keriangan apabila melihat anggukan mamanya.
***
Kereta dihentikan betul-betul dihadapan rumah teres bercat peach lembut.
Seorang wanita muda keluar daripada kereta sambil memimpin anak perempuannya. Disebelahnya berdiri seorang wanita yang tua sedikit memerhatikan rumah itu.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam. Ehh dah sampai! Haa, masuk-masuk," pintu rumah dibuka agak besar untuk mempersilakan tetamunya.
Budak perempuan tadi duduk disebelah mamanya. Sesekali jam didinding dikerling.
Ibunya yang perasan tingkah laku anaknya segera menyoal.
"Kenapa ni? Hmm sayang?"
Mata bundar milik kanak-kanak itu segera menatap wajah ibunya.
"Ijie mana? Cakap tadi dia ada"
Mendengar pertanyaan itu, wanita yang duduk di sebelah ibunya segera menjawab.
"Ijie-"
Bunyi motosikal membantutkan percakapannya. Kanak-kanak itu kenal bunyi motor itu. Lantas langkahnya dibawa laju ke arah luar rumah.
"Ijie!"
Budak lelaki yang baru turun dari tempat pembonceng lantas berpaling.
"Hani!"
Mereka saling berpelukan seketika.
"Where have you been? I'm waiting for you"
"I'm sorry.. Jom masuk!" tangan Hani digenggam lantas di bawa masuk ke dalam rumah.
Puan Sham dan wanita disebelahnya hanya tersenyum melihat keakraban anak-anak mereka.
Tuan rumah yang dikenali sebagai Acik Dhia menatang sedulang air untuk dijamu. Demi melihat Hani dan Hafizi Amirul berhampirannya, lantas digamit agar datang dekat.
"Kalau nak main, pergi main dalam bilik Haikal. Elok-elok, Haikal tengah tidur. Jaga Haikal baik-baik. Jangan sampai jatuh," pesan Acik Dhia seraya mengusap kepala Hani dan Hafizi Amirul.
Apalagi, bersoraklah budak-budak tu.
Langkah diatur laju menuju ke arah bilik Haikal. Sejurus masuk, Hafizi Amirul mengunci pintu bilik agar adiknya, Liesa tidak dapat masuk.
Haikal yang sedang nyenyak tidur di atas katil dipandang. Dengan perlahan Hani dan Hafizi Amirul mendekati Haikal.
Mereka pantas memanjat katil. Pipi Haikal diusap lembut. Hafizi Amirul terus menarik stokin kaki Haikal. Tindakannya membuatkan Hani mengetuk kepalanya.
"Hey! Janganlah bukak! Nanti Haikal sejuklah. Bak sini!"
Hafizi Amirul hanya tersengih lalu menghulurkan kembali stokin tersebut. Haikal menggeliat perlahan apabila Hani memakaikannya stokin.
"Jom main!"
Hafizi Amirul terus melompat turun dari katil seraya menarik tangan Hani.
"Nak main apa?"
"Ermm.. Jap, nak fikir," berkerut-kerut dahi Hafizi Amirul memikirkan permainan mereka.
"Haaa! Jom main culik-culik!!" Hafizi Amirul menjerit kuat. Hani terus mengetuk kepala Hafizi Amirul sekali lagi.
"Hishh! Janganlah jerit! Haa, jomlah"
"Okay-okay.. Hani pergilah pura-pura jalan. Nanti Ijie datang tarik"
"Okay"
Hani terus berjalan disegenap bilik itu. Tiba-tiba tangannya direntap kuat. Hani terus jatuh ke atas katil. Hafizi Amirul terus menekan kuat kepala Hani ke atas katil. Acah-acah ingin melemaskan Hani. Tapi lain pula yang jadi, Hani betul-betul kekurangan oksigen dan terus memukul-mukul tilam.
"Erghh! Hani lemas! Hani lemas!"
Hafizi Amirul masih tidak melepaskan kepala Hani sampailah dia rasakan sudah cukup lama.
"Hani? Okay tak?"
Terus dipusingnya badan Hani. Dilihat Hani sedang menangis.
"Ijie jahat. Ijie biarkan Hani lemas. Taknak kawan Ijie"
Airmata masih mengalir di wajah Hani. Hafizi Amirul sudah menggelabah.
"Hani, Ijie mintak maaf. Ijie tak sengaja. Hani jangan nangis"
"Dahlah. Hani nak keluar"
"Okay.. Kita keluar sama-sama ye"
Mereka terus keluar dari bilik Haikal. Hani hanya duduk di sebelah Puan Sham.
***
Setelah daripada peristiwa itu, Hani dan Hafizi Amirul mula berkawan seperti biasa. Alah, budak-budak. Kejap je bergaduh.
Hinggalah suatu hari, Puan Shima iaitu ibu kepada Hafizi Amirul dan Puan Sham bermasam muka.
Hani dan Hafizi Amirul tidak lagi dibenarkan berkawan. Mereka dipisahkan tanpa diberitahu sebabnya.
YOU ARE READING
Tomboy Itu AKU (slow up)
RomanceDisebabkan satu peristiwa Hani atau dikenali sebagai Den berubah kepada lelaki. Kegilaannya, motor berkuasa tinggi Kawasaki. Lagi-lagi warna merah hitam. Takdir menemukan Hani dengan seorang lelaki yang serba sempurna tapi sangat kerek dan merimaska...