Hani mengerekot di dalam selimut. Demamnya masih belum kebah. Suhu bilik pula terasa makin lama makin sejuk. Boleh mati kesejukan dia kalau macam ni!
Menggigil dia, habis berselubung di dalam selimut.
Ktak!
Bunyi tombol pintunya dipulas kedengaran. 'Siapa pula yang datang ni?!' monolog Hani sendirian.
"Han.. Bangun sayang. Ada orang nak jumpa dekat bawah," Puan Sham menggoncang sedikit badan Hani.
"Ma. Orang tak laratlah. Kan orang demam. Suruhlah dia balik. Tak ada mood ni nak jumpa orang," ujar Hani memegang kemas selimutnya. Bimbang ditarik oleh Puan Sham.
"Tak eloklah sayang. Dia datang nak melawat Han tu. Cubalah berjalan sikit, ni asyik terbaring je," pujuk Puan Sham lagi. Selimut Hani cuba ditariknya perlahan-lahan.
Semakin kuat selimutnya digenggam. Hani menggeleng perlahan di dalam selimut.
"Taknak. Nak duduk dalam bilik je. Taknak pergi mana-mana," Hani bersuara perlahan. Serak suaranya akibat batuk kuat yang dialaminya.
"Kalau macam tu, mama panggil dia naiklah. Nak?" Puan Sham cuba bermain kata.
"No!" serta-merta kepala Hani terkeluar daripada selimut.
"Ha, kalau tak nak, pandai-pandailah turun bawah ye? Mama nak buatkan dia air. Turun cepat! Jangan biar orang tunggu lama-lama" sempat Puan Sham menitipkan pesanan sebelum melangkah keluar. Pintu bilik Hani ditutup sebelum dia tersenyum lebar.
Hani yang masih terbaring menggaru kuat kepalanya. Kusut memikirkan siapa gerangan yang datang tanpa diundang. Mustahillah Echah, sebab kalau Echah, dah memang akan muncul dalam biliknya. Siapa lagi kawan-kawan yang dia ada? Gang-gang superbikenya kah? Aduhh, diorang tak boleh tengok aku lemah macam ni, habis jadi bahan nanti.
Hani terus melangkah turun daripada katil sebelum berlalu ke bilik air, mencuci muka. Usai mencuci muka, langkah dibawa ke wardrobe, memilih pakaian yang sesuai. Sehelai tshirt dan seluar track dicapai sebelum disarungkan pada tubuh. Langkah dibawa keluar sebelum pintu bilik ditutup rapi sebelum meletakkan kata kunci. Tak suka orang main masuk je biliknya.
Perlahan sahaja langkahnya menuruni tangga. Kepalanya terasa sakit, semua benda kelihatan berpusing. Ni kalau jatuh tangga, naya je. Hani berhenti melangkah sebentar. Tangan dibawa ke dahi sebelum dipicit-picit. Tangan sebelah lagi memaut kuat pemegang tangga, bimbang tergolek. Setelah agak reda, langkahnya diteruskan.
Puan Sham yang baru muncul daripada dapur bersama sedulang air ditangan memerhati Hani menuruni tangga perlahan-lahan.
"Boleh tak tu?" soal Puan Sham lembut. Hani hanya mengangguk.
"Mama lah ni, nak sangat orang turun, dah berpusing dah semua benda dalam rumah ni," Hani mendengus kecil. Langkahnya tetap diorak. Ni kalau berlumpa dengan kura-kura, pasti pemenangnya adalah kura-kura. Lembab sangat!
"Dahtu, mama nak panggil dia suruh naik atas, tak nak," Puan Sham menjawab sinis.
"Eh, memang tak lah ma! Mama nak ke orang tengok anak dara mama ni terbaring macam tu?" ujar Hani sedikit kuat. Matanya dibulatkan memandang mamanya itu.
"Hah! Tahu pun diri tu anak dara. Yang pakai macam ni kenapa? Dengan motor besar tu bagai," akhirnya Puan Sham melampiaskan apa yang terbuku dihati. Hani mendengus kuat mendengarkan ayat itu.
"Dahlah ma!" malas mahu berbetah dengan mamanya, Hani terus berjalan laju menuruni tangga. Puan Sham hanya menggeleng sebelum turut berlalu ke depan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tomboy Itu AKU (slow up)
RomansaDisebabkan satu peristiwa Hani atau dikenali sebagai Den berubah kepada lelaki. Kegilaannya, motor berkuasa tinggi Kawasaki. Lagi-lagi warna merah hitam. Takdir menemukan Hani dengan seorang lelaki yang serba sempurna tapi sangat kerek dan merimaska...