Sampai sahaja dirumah, Hani segera naik ke biliknya. Meskipun Echah masih dibawah, arhh lantak dialah.
Dia boleh je kan suruh lelaki tu ambil dia? Punat ditombol ditekan. Tak cukup dengan itu, papan akses dibiliknya diaktifkan. Tak mahu sesiapa mengganggu.
Hani melangkah lemah ke katil. Gara-gara mengejutkan Imran Ernald yang tidur mati, dia demam sekali. Kalau tak, dia dah boleh blah cepat sebelum hujan turun dengan lebat waktu tu.
Menyesal jugak, tak pasal-pasal Imran Ernald tu muncul balik dalam hidup dia.
Hani menghempaskan badan ke atas tilam. Suhu penghawa dingin dinaikkan, dah menggeletar habis badan dia. Tangan diletakkan di atas dahi sebelum mata dipejamkan.
Suntikan imunisasi tadi mula menunjukkan tindak balas. Takpelah rehat sekejap, at least dia dapat merehatkan diri daripada masalah dunia.
•••
Echah mendiamkan diri di seat penumpang. Matanya dihalakan ke arah bangunan-bangunan yang gah berdiri.
Mike yang perasan turut mendiamkan diri. Biasanya ada je mulut Echah tu berceloteh.
"Ada problem ke?" soal Mike perlahan. Cuba mengambil perhatian Echah.
"Tak ada apa pun," jawab Echah ringkas. Sesungguhnya dia tiada mood hendak berbual. Hani pun memulaukan dia.
"Kalau ada apa-apa nanti, you cerita jelah kat I. I akan dengar," ujar Mike lagi. Dia tahu tentang Hani memandangkan Echah pernah bercerita tentangnya.
Yang membuatkan dia pelik, kenapa Hani tu nak marah kat Echah sedangkan mereka dua-dua perempuan. Echah bukan buat apa-apa pun. Just, keluar dengan dia. Lelaki. Takkan lah mereka berdua ni ada apa-apa kut?
"Okay, hantar I balik terus," arah Echah sambil memeluk tubuh menyandar pada seat. Langit biru ditatap. Tetap tak dapat mendamaikan perasaannya.
"You tak makan lagi kan? Kita lunch dululah," ajak Mike. Dia benar-benar berharap agar Echah bersetuju. Tak puas lagi dirinya menatap wajah ayu milik Echah.
"I takde moodlah, Mike," ujar Echah. Ringkas dan padat
"Please.. Teman I lunch. Kejap je, lepas tu I hantar you balik terus," pujuk Mike lagi. 'Tolonglah bersetuju,' monolognya.
"Okay fine," putus Echah akhirnya. Malas ingin menyesakkan fikirannya. Bermacam perkara yang perlu dimuatkan dalam otaknya.
Mike tersenyum kemenangan. Dapat jugak nak lunch dengan bidadari dari kayangan ni. Kereta terus dipandu ke arah sebuah restoran mewah.
Usai mendapatkan tempat parking, mereka terus berjalan ke arah restoran itu.
Echah terpaku melihat landskapnya. Betul-betul suasana kampung. Namun begitu, ellegant tetap ada. Air yang mengalir dari atas turun melalui buluh masuk ke dalam kolam ikan. Daun-daun kering yang sengaja tidak disapu, menjadikan restoran itu tampak seperti sebuah rumah.
"Jom masuk. Kat dalam pun cantik. Apa-apa kita makan dulu," ajak Mike sambil membukakan pintu untuk Echah. Dari reaksi Echah, dia tau Echah masih belum pernah datang ke sini. Tak sia-sia dia mengajak. Semoga dapat jadikan kenangan terindah buat Echah.
Masuk sahaja ke dalam restoran itu, suasana mula bertukar. Bunyi kicapan burung dan unggas hutan melatari suasana. Kerusi dan meja yang seperti batang pokok tersusun cantik. Memang ciri-ciri kampung.
Mereka terus memilih tempat yang agak tersorok. Sebenarnya, Mike yang memilih. Echah hanya mengekori dari belakang.
"You nak makan apa?" soal Mike ketika mereka melabuhkan punggung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tomboy Itu AKU (slow up)
عاطفيةDisebabkan satu peristiwa Hani atau dikenali sebagai Den berubah kepada lelaki. Kegilaannya, motor berkuasa tinggi Kawasaki. Lagi-lagi warna merah hitam. Takdir menemukan Hani dengan seorang lelaki yang serba sempurna tapi sangat kerek dan merimaska...