Bab 15

126 7 0
                                    

Hani hanya tunduk menatap bubur yang terhidang dihadapannya. Sungguh dia langsung tidak mempunyai selera untuk menelan apa-apa pun. Lain pula situasi Puan Sham, Ryan Syahaz dan Echah yang bercerita itu ini. Naik rimas Hani mendengarnya. Puan Sham pula telah memberikan amaran kepadanya agar kekal disitu.

"Han, kenapa tak makan? Nanti masuk angin perut tu," tegur Puan Sham setelah melihatkan Hani yang diam tidak berkutik. Serta-merta tumpuan semua yang berada dimeja makan telah beralih kepadanya.

"Takde seleralah ma. Nak naik atas boleh tak?" pinta Hani sambil memandang Puan Sham.

"Kawan-kawan kamu kan masih disini? Tak eloklah kalau tinggal macam tu je," pujuk Puan Sham lagi.

"Mama kan ada. Mama temanlah diorang borak. Han nak naik, nak rehat," putus Hani. Kepalanya tiba-tiba berdenyut kuat. Spontan jemarinya naik ke dahi lalu dipicit-picit.

"Takpelah aunty. Saya pun nak kena balik office. Banyak lagi kerja nak kena buat," Ryan Syahaz tiba-tiba menyampuk. Jatuh kasihan melihat Hani yang seperti teramat sakit itu.

"Oh, kalau macam tu kata kamu, tak apalah," Puan Sham hanya mengangguk-angguk. Baki makanan dipinggannya dihabiskan.

"Echah datang dengan apa tadi?" kini pandangan Ryan Syahaz jatuh pada adik sepupunya.

"Taxi," jawab Echah sepatah. Baki makanan dipinggannya masih banyak. Dia pun tiada selera untuk makan, mengenangkan sifat dingin yang ditunjukkan oleh Hani kepadanya.

"Makan cepat. Abang hantar balik nanti," arah Ryan Syahaz. Echah segera mendongak memandang abang sepupunya. Baru sahaja ingin menolak, Ryan Syahaz menunjukkan mimik muka supaya jangan menolak. Akhirnya, Echah akur. Baru je nak buat sesi pujuk-memujuk, dah abang sepupu ajak balik.

Selesai sahaja menjamu selera, mereka berdua segera ke ruang tamu. Puan Sham dan Hani juga turut ke ruang tamu untuk menghantar mereka pulang.

"Thanks aunty dah masakkan untuk kitorang. Sedap aunty masak," ujar Ryan Syahaz, ikhlas.

"Sama-sama. Tak ada apalah sangat. Lauk biasa-biasa je pun," Puan Sham merendah diri. Ryan Syahaz menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Sham. Segera Puan Sham menyambut. Setelah itu, giliran Echah pula bersalaman dengan Puan Sham.

Echah mengangkat wajah, mencari wajah Hani. Namun dia tersentak kerana Hani yang berada dibelakang Puan Sham memandangnya dingin. Langsung tiada senyuman diwajah itu. Echah senyum segaris sebelum cepat-cepat melangkah keluar. Biarlah Hani tenang dulu, baru dia akan memujuk serta menjelaskan apa yang menjadi salah faham antara mereka.

Hani hanya memandang kepergian mereka berdua dengan pandangan dingin.

"I'm sorry, Echah," ucap Hani perlahan. Hanya dia seorang sahaja yang mendengar.

Puan Sham menutup pintu utama sebelum berpusing menghadap Hani yang berdiri tegak bak patung.

"Ha, yang berdiri tengah-tengah ni kenapa? Tadi cakap nak berehat kat atas," tegur Puan Sham, lalu menyentakkan Hani.

"Ha, nak naiklah ni," ujar Hani sebeluk berpusing untuk naik ke biliknya.

"Baik kan budak tu?" Puan Sham tiba-tiba berkata, menghentikan langkah Hani.

"Siapa?" tanpa menoleh, Hani bertanya. Namun, dalam hati dah dapat agak siapa yang dimaksudkan.

"Boss Han tu lah. Baik budi pekertinya. Orang macam tu lah kalau nak dibuat suami pun. Ada kerjaya sendiri, mampu nak tanggung isteri nanti," tinggi melangit pujian yang diberikan oleh Puan Sham terhadap Ryan Syahaz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tomboy Itu AKU (slow up)Where stories live. Discover now