Bab 11

100 9 0
                                        

Azirul mundar-mandir di dapur. Ingin keluar, tapi remaja perempuan tempoh hari sedang menikmati hidangan.

Kang dibuatnya budak tu menggedik lagi, habis dia. Dah lah Imran Ernald tak ada. Ke mana tah dia. Dah dua hari tak masuk kerja.

"Hah! Kau kenapa mundar-mandir ni? Tadi cakap nak keluar," sergahan daripada Fadzil berjaya membuatkan Amirul hampir melompat.

"Ishh kau ni! Janganlah buat aku terkejut!" ujar Azirul sambil mengusap dadanya.

"Dah aku pelik tengok kau mundar-mandir," ujar Fadzil sambil berlalu. Tak kuasa nak melayan Azirul yang terhendap-hendap macam pencuri.
"Nak keluar ke tak eh? Keluar jelah, lagipun dia kan tau aku ada tiga isteri hasil kerja si Ernald tu," ujar Azirul sendirian sambil memutarkan bola matanya ke atas.

Elok dia lalu sebelah meja remaja tadi, tiba-tiba dia dipanggil.

"Abang! Abang tipu je kan pasal isteri tiga tu?" soal remaja itu selamba.

Azirul dah tak senang duduk. Biar dia tengah berdiri pun. 'Matilah aku. Apa nak jawab ni?' monolognya sendirian.

Wajah tak bersalah ditayangkan.

"Betullah dik. Abang dah berkahwin. Tiga orang lagi isteri abang," ujar Azirul.

"Nama?" soal remaja itu lagi. Rakan-rakannya dah tergeleng-geleng.

"Errr..." Azirul terdiam sebentar. Mengerah otaknya bekerja mengingati kembali nama yag disebut Ernald.

"Karmila dan Syazana," ujar Azirul teragak-agak.

"Tu baru dua. Lagi sorang?" soal remaja itu lagi. Memang sah dia ni tak puas hati.

"Raihana," jawab Azirul laju.

Pap!

"Sah abang tipu! Haritu isteri abang takda yang nama Raihana atau Syazana. Kawan abang pun sebut dua je. Mastura dan Karmila," ujar remaja itu sambil berpeluk tubuh. Matanya tajam mencerlung Azirul.

"Err.. Betullah. Karmila, Mastura Raihana dan Syazana. Kawan abang tak sebut Syazana punya nama hari tu," laju Azirul merangka penipuan. Fuhhh!

Remaja itu menggigit bibir. Seolah-olah sedang mencari idea untuk mematahkan jawapan Azirul. Namun hampa.

"Tak apalah dik. Abang pergi dulu," Azirul terus berlalu namun sempat ditangkap ayat daripada kawan remaja tadi.

"Tu lah kau Fazura. Aku dah cakap move on je kau taknak,"

Dan, tiada lagi ayat-ayat balasan yang dia dengari ketika kaki telah melangkah keluar dari cafè.

Hajat dihati ingin pergi ke rumah Imran Ernald. Kaki cepat melangkah ke arah kereta Proton Saga miliknya.

Enjin dihidupkan lantas kereta itu laju membelah jalan raya menuju ke destinasi.

Azirul mengambil earphonenya lalu disumbatkan kedalam telinga. Nama Imran Ernald ditekan.

Hampa.

Tiada siapa yang mengangkat. Beberapa kali mencuba tetap sama. Akhirnya Azirul mengalah dan tumpukan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Redah ajelah Imran Ernald ada ke tak ada ke kat rumah.

Beberapa minit kemudian, Azirul tiba dihadapan rumah teres satu tingkat milik Imran Ernald. Mujur,melihat sahaja kereta Imran Ernald disitu, Azirul mengeluh kelegaan.

Enjin dimatikan, kemudian langkah dibawa ke arah pintu utama.

"Assalamualaikum!" salam diberi. Pada salam yang ketiga, barulah kedengaran ada yang menjawab.

Tomboy Itu AKU (slow up)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang