Bab 3

142 15 0
                                    

"Lalalalalalalalalalala..Lalalalalalalalalalala.. Lalalalalalalalalalalalala.. Mula-mula-mula ku happy.. Tiba-tiba dia sakit-"

"Wah wah kau! Nak kerja ke nak bukak konsert?"

Terhenti seketika nyanyian Imran Ernald apabila mendengar teguran dibelakang.

"Elehh! Jealous ah tu suara aku sedap kan? Aku buat kerja pakai tangan okay so takde masalah lah aku nak menyanyi pun! Kau sibuk apahal?"

Dush dush dush! Bertubi-tubi perkataan dilontarkan kepada kawannya yang ber name tag Azirul itu. Azirul hanya buat tak tahu.

"Tu, boss cari kau kat dalam"

Sekali lagi kerjanya terhenti. Wajah Azirul dicari dengan dahi berkerut.

"Apasal weyh?"

"Manalah aku tau. Dah lah! Pergi cepat!"

Dengan langkah tergesa-gesa, bilik boss nya itu dirapati. Pintu diketuk sopan. 'Sejak bila kau jadi sopan ni Er?' Monolognya terhenti apabila mendengar suara yang menyuruhnya masuk.

"Boss panggil saya?"

Kepala dijengukkan sedikit ke dalam. Bossnya itu mengangkat kepala sambil mengangguk.

"Haa ye.. Masuklah Ernald. Duduk, duduk"

Imran Ernald terus masuk dan melabuhkan punggung dihadapan boss nya itu.

"Kenapa nak jumpa?"

"Okay, sebenarnya saya-"

"Tak payah nak bersaya sangatlah. Geli aku dengar. Kita berdua je dalam ni"

Potong Imran Ernald. Bossnya yang memakai nametag Eriel Nuqman itu hanya tersengih.

"Yelah! Aku pun tak selesa jugak"

"So, apahal kau nak jumpa aku ni?"

Wajah sahabatnya dipandang. Eriel Nuqman hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Macam ni.. Hmm.. Macam mana ye?"

"Kau ni dah kenapa? Macam ni lepas tu tak tahu pulak. Aku banyak kerjalah kat depan tu. Hishhh aku debik kau karang!"

Tu dia! Dah keluar bebelan dari Imran Ernald.

"Ishh! Aku tau lah kau tu bekas ketua gangster. Tak payahlah nak debik aku pulak!"

"Dah tu? Cakap je lah apa masalahnya!"

Eriel Nuqman menghela nafasnya seketika.

"Aku ingat nak mintak kau tolong jagakan kedai"

Lafaz Eriel Nuqman dengan satu nafas sahaja. Ayat itu berjaya membuatkan Imran Ernald melopong sebelum meja ditepuk kuat.

"Kau biar betul? Aku manalah tau nak uruskan kedai ni!"

"Alahh.. Takpe lah.. Nanti aku ajar. Please,"

"Kau nak pergi mana?"

"Aku ingat nak bawak isteri dengan anak aku pergi melancong. Last aku bawak bini aku tu masa honeymoon 4 tahun lepas. Anak aku pulak nak pergi Disneyland katanya. Kesian pulak diorang,"

"Owhhh.. Untunglah daddy dia banyak duit,"

Imran Ernald menyindir halus. Eriel Nuqman hanya tergelak kecil. Sudah terbiasa dengan sindiran sebegitu.

"Jadi boleh tak ni Er?"

"Hmmm.. On je lah!"

"Betul ni? Serious lah kau?"

Tomboy Itu AKU (slow up)Where stories live. Discover now