Bab 8

121 10 0
                                    

"Holla my friend," Imran Ernald terus mengangkat wajah apabila mendengar suara seseorang.

Kelihatan Eriel Nuqman sedang tersengih sambil menyandar bahu pada birai pintu. Imran Ernald pantas bangkit dari kerusinya lalu menerpa ke arah bosnya itu.

"Er! Oh god! Kau balik pun akhirnya," Imran Ernald bersuara teruja. Eriel Nuqman tergelak besar melihat tingkah sahabatnya.

"Kau buat macam aku pergi bertahun-tahun. Aku pergi sebulan aje kut," ujar Eriel Nuqman masih dengan sisa tawanya.

"Memanglah! Aku dah tak sabar nak lepaskan tanggungjawab yang kau bagi kat aku ni! Penatlah. Pening kepala aku ni! Hari-hari hadap nombor," Imran Ernald galak membebel.

Mendengarkan itu, Eriel Nuqman kembali ketawa. Sungguh dia terasa lawak dengan sikap manusia dihadapannya ini. Masa sekolah dulu aliran akaun, dah dapat jawatan sementara yang bermain dengan angka, jadi gila pulak.

"Kau ni ngada-ngadalah Er! Dah lah kau boleh kerja kat depan balik," putus Eriel Nuqman lalu berjalan ke arah tempat duduknya.

Imran Ernald yang masih berdiri di muka pintu, perlahan-lahan merapati meja bosnya. Eriel Nuqman menjongketkan sebelah keningnya.

"Aku ingat nak mintak cutilah," Imran Ernald tersengih sumbing.

"Aii, sampai nak cuti sebab jadi manager? Hahaha," Eriel Nuqman ketawa perlahan. Imran Ernald terus mengerutkan mukanya.

"Bolehlah bro.. Please, please, please," Imran Ernald masih dalam mod memujuk.

Belum sempat Eriel Nuqman ingin menjawab, bunyi ketukan pintu membantutkan segalanya.

"Masuk," arah Eriel Nuqman.

Terbuka sahaja pintu, terus Imran Ernald tersentak apabila sebujur wajah itu menyapa pandangannya.

•••

Caramel Latte di atas meja masih belum terusik. Matanya focus merenung screen laptopnya. Jari pula ligat menaip sesuatu diatas papan kekunci.

Ikon anak panah dilarikan ke arah sudut paling atas belah kanan dan simbol pangkah ditekan. Laptop ditutup lalu tangan mencapai cawan berisi Caramel Latte.

Sesaat kemudian, smartphonenya bergetar. Mata terus tertancap pada screen smartphone.

Reminder
Interview today. Goodluck Den!

Matanya terus membulat melihat abjad-abjad di atas screen.

Kelam kabut Hani bangun menyumbat segala harta benda ke dalam backpacknya.

Langkah terus diorak keluar daripada mall besar itu.

Saat tangan lincah mengeluarkan kunci motor daripada backpack, saat itulah terasa dirinya dilanggar dari belakang.

Hani terus menoleh ke arah belakang, melihat seorang lelaki sedang tunduk mengutip barangnya yang terjatuh.

Tanpa menunggu ucapan maaf daripada lelaki itu, Hani terus mengorak langkah. Dah lewat! Dah lewat!

Sarung tangan,helmet dan jaket dikeluarkan. Terkocoh-kocoh Hani memakai semua peralatan itu sebelum mendengar suara memanggilnya. Panggil dia lah kot. Hani melihat sekeliling, tiada orang lain selain dia dan mamat bercermin mata dihadapannya ini.

Tomboy Itu AKU (slow up)Where stories live. Discover now