Bab 1

181 22 9
                                        

16 tahun kemudian

Bila kau berduka
Dan engkau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa

Disini adaku
Bukankah aku temanmu?
Yang ku inginkan hanyalah senyumanmu

Tangan kanan terus menggagau laci meja disebelah katil manakala tangan kiri menutup dahi.

Jari diseretkan ke simbol hijau lalu iPhone 6+ dilekapkan ke telinga.

"Hello. Den's speaking"

"Weyy.. Kau tak bangun lagi ke?"

"Ehermm.. Sorry. Who's this?"

"Echah lah.. Kau ni!"

"Owhh.. Kenapa kau call aku pagi-pagi ni?"

"Pagi tengkorak kau! Dah 2 petang ni! Aku luku kau nanti!"

Jeritan daripada gadis bernama Echah itu berjaya membuatkan mata yang sedikit terkatup kini terbuka luas.

"Hah?! 2 petang?!"

"Iyelah bro. Haishh kau ni"

"Hurmm.. Habistu kenapa call aku ni?"

"Lepak jom petang ni"

"Lepak? Mana?"

"Tempat biasa ah"

"Hurmm okay. Kau ambik aku dekat rumah"

"Err.. Heheh.. Actually kan, kereta aku rosak. Ni pun aku mintak abang aku hantarkan"

"Hmm yela-yela. Aku ride je lah pi sana"

"Weyhh.."

"Apa? Ni mesti nak apa-apa"

"Hehe.. Kau je faham aku. Ermm.. Actually kan, abang aku boleh hantar je. Balik tak boleh ambik"

"Ngada-ngada lah kau ni! Aku hantarlah kau balik nanti!"

"Betul ni?"

"Hmm"

"Ikhlas tak ni? Macam tak je"

"Ikhlas tu umpama-"

"Okay-okay! Aku hang up dulu! Jumpa petang ni. Bye!"

Tuttt

"Haishh tak guna betul! Tau takut! Lepak lagi petang ni. Baru ingat nak rehat je"

Selimut terus diselak ketepi dan bilik air dituju.

***

Kawasaki berwarna merah hitam berhenti ditempat parkir motor. Visor helmet dinaikkan. Glove dikedua belah tangan dibuka lantas disimpan. Helmet dibuka. Hoodie dikepala dibetulkan sedikit.

Seterusnya langkah diatur menuju ke pusat karaoke di tengah bandar itu.

Sedang berjalan, kepala ditundukkan mencari smartphone di dalam poket. Tanpa sedar dia terlanggar seseorang.

Kepala pantas diangkat. Lelaki. Baru sahaja ingin membuka mulut memohon maaf, dia disembur.

"Hey! Kau ni takde mata ke hah? Main langgar-langgar orang pulak! Mata kau letak kat mana?! Lutut?!"

"Ehh hello! Bahasa tu boleh sopan sikit tak? Aku mintak maaf!" tak mahu kalah, dia turut membalas.

"Senangnya kau minta maaf! Huh!" tanpa menunggu lebih lama lelaki itu terus beredar dari situ.

Tomboy Itu AKU (slow up)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang