Ryan Syahaz menguak rambutnya kebelakang. Desiran angin pantai itu amat menenangkan.
Hani pula selesa menyandar pada motornya. Jam ditangan dikerling sekilas. 11.23 malam!
"Ehem," Hani berdehem menyedarkan lelaki dihadapannya.
Kepala Ryan Syahaz terus menoleh ke arahnya. Hani mengangkat sebelah kening sambil berpeluk tubuh.
Ryan Syahaz kembali menoleh kedepan dan mendiamkan diri. Hani pula sudah berasap mengenangkan perangai Ryan Syahaz yang tidak betul itu.
Setelah agak lama mendiamkan diri, tiba-tiba Ryan Syahaz bersuara, "Aku tak suka kau,"
"Hah? Dah tu ada aku suruh kau suka aku?" Hani mengerutkan kening. Apa sajalah pakcik ni.
"Ehem. Maksud aku, aku tak suka kau keluar dengan Echah," Ryan Syahaz membetulkan semula ayatnya.
Makin berkerutlah kening si Hani. Dah apa kes pulak tak suka aku keluar dengan adik sepupunya itu? Aku dengan dia bukan bercinta pun!
"Kau ni dah kenapa? Care to explain?" Hani terus berjalan dan melabuhkan punggung disebuah kerusi batu. Ryan Syahaz pula hanya mengekor.
"Orang sekeliling dah pandang serong kat korang. Aku tak kisah sangat pasal kau tapi aku kisahkan dekat Echah," Ryan Syahaz menarik nafas sebentar sebelum menyambung bicara, "Kalau boleh aku nak korang putuskan hubungan kecuali kau ubah style kau ni,"
"Okay, aku balik," Hani terus berdiri lalu melangkah ke arah motornya.
Tak tahan apabila semua bercakap mengenai penampilannya. Biarlah dia begini, sekurang-kurangnya dia tidak melakukan perkara yang tidak elok. Dia lebih selesa begini.
"Hani!"
Tersentak Hani apabila Ryan Syahaz memanggil namanya. Fuhh first time kut. Eh jap! Mana dia tau nama aku Hani?
Hani hanya memberhentikan langkah tanpa ada niat sedikit pun untuk menoleh.
"Aku.." kata-kata Ryan Syahaz terhenti. Akhirnya dia menggeleng.
"Tak ada apa lah,"
•••
Celik sahaja mata, objek pertama yang menyapa pandangannya ialah wajah mamanya.
"Umak aihh! Apa ni ma? Terkejutlah!" Hani terus terduduk. Apa tidaknya, wajah Puan Sham begitu dekat. Macam nak tercabut je jantungnya kerana terkejut.
"Haha! Jom teman pergi shopping," Puan Sham terus menyatakan hasratnya.
Hani terus mengerling jam ditangan. Hmm, dah 9 pagi. Hani hanya mengangguk seraya mencapai tuala ke bilik air.
Usai mandi, Hani keluar sambil mengeringkan rambut yang masih lembap. Terbuntang matanya melihat sepersalinan baju perempuan di atas katil. Siap pakej heels lagi kau!
"Baju apa ni? Urghh!" Hani terus mengabaikan baju tersebut lalu bergerak ke arah wardrobe.
Memilih sehelai baju T berwarna merah, jacket leather hitam serta seluar jeans hitam. Siap! Kemudian dia bergerak ke arah cermin lalu pomade di atas meja solek dicapai.
"Hoho! Aku nak pakai warna ungu hari ni!" Hani terus menyapu-nyapu pomade pada rambutnya.
Perfume jenama BOOS disembur and done! Hani terus melangkah keluar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tomboy Itu AKU (slow up)
RomanceDisebabkan satu peristiwa Hani atau dikenali sebagai Den berubah kepada lelaki. Kegilaannya, motor berkuasa tinggi Kawasaki. Lagi-lagi warna merah hitam. Takdir menemukan Hani dengan seorang lelaki yang serba sempurna tapi sangat kerek dan merimaska...