Imran menghempas apron yang dipakainya tadi ke atas meja. Jelas wajahnya menunjukkan dia sedang marah. Perlahan-lahan Azirul merapatinya.
"Kau kenapa ni, bro?" soal Azirul perlahan. Tangan disilangkan didada.
Imran menjeling Azirul sekilas sebelum menghentak meja. Terhinjut bahu Azirul akibat terkejut.
"Tak ada apa-apa," ujarnya lalu segera beredar dari situ. Kunci motornya dicapai lalu kaki mengorak ke luar restoran.
Azirul hanya menggeleng. Adalah tu yang tak kena.
•••
Echah mundar-mandir didalam biliknya. Peristiwa semalam masih segar diingatan.
Selepas sahaja superbike Hani melepasi kereta Mike, Echah terus mengajak Mike pulang. Alasannya, sakit perut.
Sungguh hatinya tak tenteram. Minta-mintalah Hani tak tahu yang dia ke club malam. Mati dia!
IPhonenya dicapai. Jari pantas mencari nama Hani dalam senarai kenalan.
Jari menyentuh ikon telefon lalu IPhone dilekapkan ke telinga.
Hampa. Tiada siapa yang mengangkat. Beberapa kali mencuba, tetap sama.
Echah mengeluh perlahan. Ikon whatsapp ditekan. Nama Hani di atas sekali ditekan.
Den ♥
OnlineHey. Kau marah aku?
√Beberapa minit menunggu, Echah kembali membuka chat Hani.
Den ♥
Last seen today at 0915Hey. Kau marah aku?
√√Echah memejamkan mata. Tak pernah lagi Hani menghiraukan soalannya.
"Aduh! Apa aku nak buat ni?!" Echah menjerit perlahan.
Dengan pantas dia menukar bajunya lalu mencapai handbag. Tak kira, dia mesti ke rumah Hani sekarang jugak.
•••
"Sorry Cah. Aku sakit hati tengok kau luang masa dengan orang lain. Aku tau, aku takde hak atas kau. Tapi aku tak bolehlah weh," Hani bertutur sendirian.
Baik dia keluar sekarang, dia tahu bila-bila masa je Echah akan sampai depan rumah dia.
Hani bersiap ala kadar, lalu mencapai kunci superbikenya. Minyak dipulas, menderum laju superbike itu dijalan raya.
•••
Ecah mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu sebelum melangkah mendekati pintu rumah agam itu.
"Assalamualaikum!" ucap Ecah sambil menekan loceng disebelah pintu.
"Waalaikumussalam! Kejap, kejap!" jawab seseorang dari dalam rumah. Pintu terus dibuka dari dalam.
"Ehh Ecah. Cari Hani ke?" soal Puan Sham seraya membuka pintu luas-luas.
"Haah. Dia ada tak auntie?" Ecah bertanya perlahan sambil mata meliar ke dalam rumah.
"Tadi dia ada. Ecah masuklah, check sendiri dalam bilik dia," Puan Sham menjemput Ecah masuk lalu beredar ke dapur.
Ecah terus melangkah mendaki tangga. Pintu bilik Hani dituju. Beberapa kali diketuk namun tiada yang membukanya. Tombol pintu dipegang lalu Ecah memulas perlahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tomboy Itu AKU (slow up)
RomantikDisebabkan satu peristiwa Hani atau dikenali sebagai Den berubah kepada lelaki. Kegilaannya, motor berkuasa tinggi Kawasaki. Lagi-lagi warna merah hitam. Takdir menemukan Hani dengan seorang lelaki yang serba sempurna tapi sangat kerek dan merimaska...