Bab 7

129 9 0
                                        

"Hye sayang," sapa seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu.

Ryan Syahaz yang tekun membuat kerja pantas mengangkat wajahnya. Wajahnya terus bertukar tegang.

"Maaf Tuan Ryan. Tadi saya dah halang," tiba-tiba muncul pula setiausahanya disebalik pintu. Ryan Syahaz hanya mengangguk.

"You may go now,"

Perempuan tadi terus mendekati Ryan Syahaz. Punggung terus dilabuhkan di atas meja kerja lelaki itu. Ryan Syahaz memaparkan riak bengang.

"Kau nak apa hah perempuan?" soalnya bengang. Pakaian yang cukup seksi dikenakan perempuan itu langsung tidak menarik minatnya.

"Alaa.. Yang you nak marah-marah ni kenapa sayang?" sengaja suaranya dilunakkan sementara jarinya dimainkan pada butang kemeja Ryan Syahaz.

"Bella, kau keluar sekarang sebelum aku panggil guard," tutur Ryan Syahaz lagi. Masih bengang.

"I nak teman you kat sini. Boleh kan sayang?" perempuan tadi yang bernama Bella, masih tidak berpuas hati memujuk.

Ryan Syahaz terus menekan interkom. "Kenapa ada orang asing masuk bilik I? Korang ni tak buat kerja ke?!" jerkah Ryan Syahaz kepada orang yang berada di talian.
"Maaf boss. Kitorang datang sekarang," jelas suara pengawal keselamatan itu bergetar. Interkom dimatikan.

"You! Takkan you nak halau I?" Bella bertanya manja. Wajahnya gusar memikirkan pasti dia diseret nanti.

"Aku dah muaklah tengok muka kau ni, Bella! Jangan ganggu hidup aku lagi!" Ryan Syahaz berkata lalu menyambung kerjanya yang tergendala.

Beberapa minit kemudian, muncul dua orang lelaki berpakaian seragam. Bella memandang tajam ke arah pengawal keselamatan itu.

"Bawak dia keluar dari office I," tanpa mengangkat wajah, Ryan Syahaz mengarahkan kedua-dua pengawal keselamatan itu.

"You! Tak bolehlah halau I macam ni!" Bella terus meninggikan suara.

"Apasal pulak? Sukati aku lah. Dah, bawak perempuan ni," Ryan Syahaz mengangkat wajah sebentar sebelum diturunkan kembali.

Pengawal keselamatan tadi terus menarik lengan Bella lalu dibawa pergi. Sempat Bella meronta-ronta ingin dilepaskan. Suaranya yang nyaring sengaja dikuatkan agar pengawal keselamatan itu melepaskannya.

"Heyy! Lepaskan I lah! I tau lah jalan sendiri! Lepas! Lepas!" jeritannya langsung tidak diendahkan. Makin kuat pula tarikan oleh pengawal keselamatan tadi.

Ryan Syahaz hanya menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal.

Seketika kemudian, pintu biliknya diketuk. "Masuk," arahnya perlahan. Mata masih tertumpu pada fail hitam yang tebal.

Setiausanya melangkah masuk sambil memegang tablet.

"Tuan Ryan, dah bersedia untuk mesyuarat dengan syarikat Diamond Gold?" tanya setiausahanya sopan.

Ryan Syahaz mengerling jam tangannya sekilas.

"Sekarang ke Husna?" tangannya pantas menutup fail hitam tadi.

"Ya, sekarang. Dato' Khairudin dah sampai ditingkat bawah," Husna berkata sambil membelek tabletnya.

Ryan Syahaz mengangguk sebelum mengajak Husna turut serta bersamanya ke bilik mesyuarat. "Okay, jom,"

•••

"So, macam mana?" langkah Hani terhenti apabila mendengar suara Puan Sham diruang tamu. Langkah yang tadinya ingin dibawa keluar rumah, terus bertukar arah.

Tomboy Itu AKU (slow up)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang