Bab 1

882 63 1
                                    


Rowena Rivera

Saya dibangunkan dengan bunyi  jam lonceng di tepi katil. Dengan mata yang masih tertutup saya menekan jam lonceng tersebut sekali gus bunyi bingit dari jam lonceng tadi terhenti. Saya terlelap beberapa minit lagi apabila secara tiba-tiba mata saya terbuka luas.

“Today is the day”. Dengan tergesa-gesa saya bangun lalu mencapai tuala mandi dan bergegas ke bilik mandi. 15minit kemudian saya keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Saya mencapai bag kemudian keluar dari dari bilik, sempat mengambil sebiji buah epal dalam peti sejuk sebelum 10 minit kemudian saya sudah berada dalam bas yang akan membawa saya di kolej buat kali terakhir.

Ya kali terakhir kerana hari ini merupakan hari graduation saya yang bermaksud  hari ini adalah hari terakhir saya pergi ke kolej. Tiba-tiba perasaan sedih bercampur kesal mengcengkam saya apabila terfikir di hari yang sepatutnya berbahagia ini saya bersendirian. Lagi. Disaat semua kawan-kawan saya dikelilingi oleh keluarga masing-masing di hari graduation ini, hanya saya satu-satunya bersendirian.

Namun, saya cepat-cepat menghapuskan rasa sedih dan kesal tersebut apabila saya telah tiba di kawasan kolej. Saya terus menuju ke arah dewan besar di mana acara akan dimulakan tidak lama lagi tanpa menoleh disekeliling saya. Not that I don’t want, but there is no really to look around. No when there is no one who can come.

Selepas memakai gaun graduasi yang telah disediakan saya mengambil  tempat duduk di kerusi barisan belakang sekali iaitu disebelah kawan baik saya, Nekel.

“Kau lewat”. Kata Nekel tanpa memandang saya sebaliknya mata dia terus memandang ke hadapan kearah pengetua yang sedang berdiri memberikan ucapan.

“Ya, tak sengaja. Lewat bangun”.
“Pembetulan bukan tak sengaja tapi kau memang suka lewat bangun. You love sleeping”.

Saya ketawa kecil tapi mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Di hadapan sekali pelajar tahun akhir sedang berbaris menunggu giliran dipanggil di atas pentas. Tidak lama lagi giliran kami.
“Mumy dan dady suruh tunggu nanti. Dia cakap mahu ambil gambar sama-sama. Kau juga dijemput makan malam di rumah jam8 ni. Abang saya datang”.

“Abang yang mana?” Soal saya walaupun saya sudah tahu Nekal hanya mempunyai seorang abang dan dia merupakan anak bungsu.

“Jangan jadi bodoh. Abang  saya hanya satu”. Nekel ketawa kecil sebelum berdiri berbaris. Saya mengikut dia di belakang.
Abang Nekel, Niked (not naked ok) merupakan anak sulung uncle Tommy dan aunty Erni. Tidak seperti Nekel yang berwatakan  kasar dan panas baran, Niked adalah sebaliknya. Dengan ketinggian yang sedarhana, bermata coklat dan bertubuh sedarhana sasa, dia seorang yang lemah lembut dan peramah.Malah saya sudah anggap dia seperti abang saya sendiri.

Selepas  selesai acara graduasi Nekel  menarik saya di luar di tempat ibu bapa dan abang dia sedang menunggu. Nekel memeluk satu persatu keluarganya sambil berteriak dengan kuat “I did it. I did it!” Niked hanya menggeleng melihat gelagat adiknya sebelum menarik saya dalam pelukan.

“Happy graduation Rivera” Niked melepaskan saya dari pelukan sebelum giliran ibu bapa Nekel memeluk saya.
“Happy graduation dear. We are so happy for you, if only your parents are here to see you, I'm sure they will proud of you…”
“mumy..”Nekel memintas ibunya sebelum aunty Erni sempat menghabiskan kata-katanya. Topik ibu bapa agak sensitif bagi saya. Ya, reality yang mereka sudah tidak ada lagi sangat menusuk jiwa saya seolah-olah kejadian itu baru kelmarin berlaku.
“oh! I'm so sorry dear” aunty Erni pantas meminta maaf selepas menyedari air muka saya mendadak berubah . Mereka tahu akan kejadian yang menimpa ibu bapa saya atau lebih tepat lagi, mereka tahu apa yang saya lakukan terhadap ibu bapa saya.

Nekel yang menyedari perubahan mood saya lantas bertindak menceriakan suasana dengan mengajak kami bergambar bersama. Saya lebih dari gembira menerima pelawaan dia because there is no one I can take pictures with.
Selepas berpuluh kali mengingatkan saya untuk datang makan malam di rumah mereka berserta ugutan daripada Nekel yang dia akan memulaukan saya selama setahun jika saya tidak datang untuk makan malam, saya akhirnya bersetuju dan mereka pulang ke rumah mereka. It's not that I afraid she will ignore me for a year when I'm the only friend she had but there is nothing I will do at home, alone.

StargazingWhere stories live. Discover now