Bab 10

489 63 1
                                    

Bab 10

Rowena Rivera

Saya memasukkan kunci rumah ke tombol pintu. Apabila kedengaran bunyi 'klik' saya memutarkan tombol pintu dan menolak daun pintu apartment saya.

Saya meraba-raba mencari suis lampu. Jari saya menyentuh butang suis dan saya segera menekannya. Apartment saya yang tadinya gelap gulita menjadi terang benderang.

Selepas membuka kasut dan meletakkannya di atas rak saya masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil. Hari ini saya berasa sedikit letih akibat menyusun stok baru buku-buku di tambah lagi dengan gelagat pelbagai pelanggan yang meminta pertolongan untuk mencari buku-buku.

Tapi sejujurnya saya tidak kisah sangat dengan keletihan yang saya rasa sekarang kerana saya seronok bekerja di sana. Lagipun tinggal beberapa bulan lagi keputusan exam akhir saya akan keluar yang bermaksud, hanya beberapa bulan lagi saya akan bekerja di kedai buku tersebut kerana apabila keputusan exam saya keluar, saya akan menentukan kerjaya saya.

Kebiasaan universiti-universiti ataupun kolej-kolej tempatan akan tunggu keputusan exam keluar dan barulah graduation dijalankan tapi universiti tempat saya belajar pula adalah sebaliknya.

Saya cuba melelapkan mata tapi gagal. Keadaan yang senyap membuatkan saya dicengkam kesunyian. Dan keadaan yang sunyi ini seolah-olah meneggelamkan bunyi hiruk piruk di luar sana.

Secara tidak sedar setitis air mata jatuh di pipi saya. 7 tahun lalu keadaan apartment ini tidak seperti sekarang. Selalunya awal pagi lagi saya akan dibangunkan dengan bebelan mummy yang tidak henti-henti sementara dady hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil membancuh kopi.

Dady seorang yang pendiam jauh berbeza dengan mummy yang banyak bercakap. Dady akan lebih banyak mengalah kepada mummy. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana mereka berdua yang sangat berbeza dapat hidup bersama-sama dan bertahan antara satu sama lain. But love is always about the opposite. Isn't it?

Saya mengelap air mata yang jatuh menggunakan belakang tapak tangan. Saya mengambil keputusan untuk mandi kerana tidak ingin hanyut melayan perasaan sendiri.

Selepas keluar dari bilik mandi barulah saya perasan yang saya tidak melihat Pino, anjing husky saya sejak dari tadi.

Saya mencapai sehelai skirt simple labuh bercorak bunga-bunga dan sehelai baju berwarna hijau lembut. Saya cepat-cepat menyarungkan pakaian itu. Selepas menyikat rambut , saya segera keluar dari bilik untuk mencari Pino.

Akhirnya saya menemui pino di bawah meja dapur.

"There you are Pino baby. Come here, baby." Saya memanggil Pino lembut.

"Pino..... Pino... Pino" Saya memanggil dengan lebih kuat apabila Pino tidak memberi respon. Saya kehairanan kerana Pino seekor anjing yang manja dan aktif. Selalunya apabila saya membuka pintu dia akan terus berlari mendapatkan saya tapi sekarang dia hanya diam berbaring, tidak bergerak.

Tidak bergerak? Saya terus berlari ke arah Pino. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Pino. Saya menyentuh Pino, menggerak-gerakkan badan gebu dia. Pino hanya mengangkat kepalanya sesaat sebelum terkulai layu kembali di lantai.

Saya menjadi panik. Risau jika ada sesuatu yang berlaku kepada Pino kerana selama ini Pino adalah peneman saya dan Pino bagaikan kawan rapat saya.

Saya mengangkat Pino dan berlari mencapai telefon bimbit saya yang terletak di atas katil bilik tidur saya. Saya mendail nombor Nekel kerana saya tahu amat sukar untuk mendapatkan teksi pada lewat malam.

Nada dering Nekel berbunyi beberapa kali sebelum panggilan saya disambungkan pada peti mel suara. Saya mencuba beberapa kali lagi namun gagal. Saya menjadi semakin panik kerana hanya Nekel seorang sahaja yang saya dapat meminta pertolongan untuk membawa Pino ke klinik haiwan, hakikatnya saya tidak mempunyai sesiapa kecuali Nekel. No one.. Nothing.. Anything..

Dan tiba-tiba saya teringat akan Aalaric, akan suaranya yang meminta saya untuk menghubungi dia walau apapun yang berlaku, anything. Saya tahu saya tidak mempunyai banyak pilihan, oleh itu saya bergegas mendapatkan bag tangan saya kemudian menumpahkan segala isi kandungannya. Apabila mata saya mengesan apa yang saya perlukan, saya mencapai kad nama itu dan mendail nombor yang tertera.

Hanya sesaat panggilan saya berdering, seperti sedang menunggu panggilan saya, suara serak-serak basah Aalaric menjawap di hujung talian.

"Hello." Dan saya hanya diam tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan.

"Hello ? Angel ? Is that you ?" Dia menyambung lagi apabila saya masih mendiamkan diri.

"Angel are you alright ?" Suara Aalaric kedengaran cemas.

Saya baru ingin menjawap, ingin memberitahu dia yang saya memerlukan pertolongan tapi dia menyambung lagi.

"Angel stay there. I'm coming for you." Dan dia terus mematikan talian.

Saya tidak tahu kenapa saya hanya duduk di lantai sambil memeluk Pino, menunggu Aalaric seperti yang dia arahkan. Mungkin saya terdesak dan apa yang saya tahu tidak lama kemudian lonceng pintu saya berbunyi. Saya berdiri membuka pintu dan muka Aalaric yang penuh kerisauan muncul.

Tiada ayat ataupun perkataan yang diperlukan Aalaric untuk mengetahui apa yang berlaku. Mata dia melilau di sekeliling apartment saya sebelum dia terpandang sisa-sisa air mata di pipi saya dan seterusnya pada Pino yang tidak bergerak dalam pelukan saya. Saya masuk ke dalam bilik mencapai bag tangan saya sebelum Aalaric memimpin saya menuju ke kereta dia.

Aalaric memandu dengan senyap dan tenang. Apa yang kedengaran hanyalah esakan kecil saya. Apabila tiba di klinik haiwan, Aalaric mengambil Pino dari pelukan saya dan menyerahkan Pino kepada pembantu doktor untuk diperiksa sementara saya sedang disoal beberapa soalan oleh doktor Marie yang namanya saya nampak dari kot uniformnya. Selepas itu doktor Marie meminta saya menunggu diluar.

"Don't worry angel she will be fine." Aalaric memujuk lembut apabila saya masih teresak-esak.

"He not she. Pino seekor jantan. And he is all I have."

Aalaric duduk di sebelah saya. Dengan teragak-agak dan penuh berhati-hati seperti saya kaca yang mudah pecah, dia menepuk-nepuk bahu saya.

"Its ok, he will be fine. And you are not alone angel, you have me." Kali ini dia mengusap-usap bahu saya. Saya sedar yang saya sepatutnya takut akan Aalaric, mesti berhati-hati dengan dia namun ada sesuatu tentang dia yang membuatkan saya selesa berada dengan dia sekarang. Seolah-olah dia memberikan saya perlindungan yang tiada seorang pun mampu berikan. Kehangatan tubuh dia memberikan saya keselesaan. Warm and comfort...

Aalaric membatu apabila saya semakin mendekatkan tubuh saya kepadanya seperti tidak menjangka tindakan saya. Namun dia segera sedar apabila dia mengeratkan lagi pelukan pada bahu saya,berkongsi kehangatan tubuh dia yang dia tidak tahu pun membuatkan saya rasa tenang dalam pelukkan dia.

Saya melentokkan kepala saya di bahu dia, memejamkan mata saya untuk beberapa minit sebelum rasa mengantuk menguasai saya dan saya seperti terasa Aalaric mengucup kepala saya sebelum kegelapan memenuhi saya.

**********

StargazingWhere stories live. Discover now