Bab 28

481 51 7
                                    

ROWENA RIVERA

You can love someone so much...But you can never love people as much as you can miss them.

John Green

Everything in a blur.

Everything in a mess

Semuanya kelihatan kabur.

Semuanya dalam keadaan kucar kacir.

Pandangan saya samar-samar tapi saya melihat Alex datang bersama bodyguards yang lain. Mereka terkaku di tempat mereka sebelum Alex mengangkat tubuh kaku Aalaric.

Seorang bodyguard memimpin tangan saya untuk mengekori mereka apabila saya berjalan terhuyung-hayang tapi fikiran saya terlalu kusut untuk menoleh dan mengucapkan terima kasih kepada bodyguard itu.

Aalaric terus di bawa di bilik kecemasan selepas itu dia masuk bilik pembedahan. Saya terduduk di lantai dengan kepala di lutut saya. Saya bergegar kesejukan tapi bukan akibat daripada aircond melainkan daripada perasaan takut.

Fikiran saya tidak henti-henti menyalahkan diri saya. Aalaric cedera kerana saya. Saya adalah penyebab dia terlantar di katil bilik pembedahan sekarang.

Alex datang meminta saya untuk diperiksa oleh doktor tapi saya hanya menggeleng. Saya tidak akan meninggalkan Aalaric. Tidak lama kemudian Alex datang lagi, kali ini bersama selimut ditangannya. Dia menyelimutkan saya menggunakan selimut tersebut sebelum dia duduk beberapa kaki jauh daripada saya. Bodyguard yang lain juga setia menunggu bersama.

Sudah tiga jam Aalaric berada dalam bilik pembedahan namun belum ada sebarang berita daripada doktor. Sejujurnya, saya tidak kisah jika pembedahan dia mengambil masa yang lama asalkan doktor memberikan saya berita baik.

Air mata jatuh mengalir di pipi saya tanpa saya sedari. Saya betul-betul buntu sekarang. Fikiran saya hanya mengarah kepada Aalaric.

I pray to God, to every Gods.

Saya berdoa kepada Tuhan. Kepada semua Tuhan yang terlintas di fikiran saya.

They said, He is powerful and full of grace but will He grant my small wish regarding Aalaric ?

That's how desperate I am.

Saya berdoa kepadaNya agar mengembalikan Aalaric atau menggantikan tempat saya dan Aalaric. Biarlah saya yang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik pembedahan itu kerana memang saya yang sepatutnya berada di tempat dia.

Sejam kemudian pintu bilik pembedahan terbuka. Doktor bersama pembantu yang lain keluar. Saya mahu berdiri dan bertanya mengenai Aalaric kepada doktor itu tapi kaki saya terlalu lemah untuk berdiri dan saya terlalu takut untuk mendengar jawapannya.

"Dont worry he is fine. He just lost a lot of blood and need to rest." Doktor itu merenung saya seketika sebelum berlalu pergi.

Saya melepaskan nafas lega. Finally the long wait is over.

********

"How can you ask me to calm down! You said he is fine but how come he is not awake ?!" Suara lantang saya bergema di segenap bilik.

"We..we dont know miss. We will try our best to figure out why he is not awake yet." Doktor itu menjawap terketar-ketar.

Sudah seminggu berlalu selepas pembedahan Aalaric namun Aalaric belum pun sedar. Menurut doktor pembedahan Aalaric berjalan lancar dan meminta saya menunggu dia bangun dengan sabar, yang akhirnya membuatkan saya hilang kesabaran dan membuatkan saya dalam keadaan sekarang, iaitu marah.

StargazingWhere stories live. Discover now