Bab 6

557 53 1
                                    


Aalaric Wert

Jantung saya berdegup dengan kencang. Peluh mula menitik dari dahi saya. Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya sepanik ini. Selepas Alex datang tercungap-cungap seperti ikan yang kekurangan oksigen  ke pejabat, memberitahu bahawa Rivera dalam bahaya saya terus berlari lalu memecut kereta saya tanpa menunggu Alex. Saya tahu dia akan mengekori saya dari belakang. Dalam situasi seperti ini Alex akan sentiasa tahu apa yang patut dilakukannya.

Saya break mengejut apabila tiba di kawasan apartment Rivera. Tanpa mempedulikan hon dan teriakan-teriakan marah dari kereta belakang, saya terus keluar dari kereta. Tumpuan saya buat masa sekarang hanya untuk Rivera. Seperti biasa, Alex akan menguruskannya.
Saya terus berlari ke arah sebuah lorong yang saya tahu akan dilalui oleh Rivera pada setiap hari. Dari jauh saya melihat seorang lelaki, atau patutkah saya gelar si penjahat sedang menarik rambut Rivera. Tidak semena-mena darah saya mendidih naik. Saya melajukan larian sya.

Apabila saya hampir dalam 10kaki, saya melihat Rivera sedang menyepak si penjahat di bahagian sulit menyebabkan si penjahat menjerit kesakitan. Nah, it deserves you, mutt! Kotoh.  Perasaan bangga terbit di hati saya kerana my angel mampu mempertahankan diri sendiri.
Rivera tiba-tiba berlari ke arah saya. Dari cara dia berlari yang terhinjut-hinjut  saya  tahu dia cedera di bahagian kaki, malah mungkin di bahagian lain juga. Damn, you will pay for it, man!  Rivera yang nampaknya tidak menyedari kehadiran saya terlanggar tubuh saya. Saya segera memaut tubuh dia untuk mengelakkan dia terjatuh.

“My angel.” Saya berbisik perlahan

Dan tiba-tiba Rivera pengsan.
Saya mengangkat tubuh langsing Rivera menuju ke kereta saya. Badan dia yang ringan memudahkan saya untuk memindahkan dia Dengan lebih cepat ke kereta saya. Dengan  perlahan-lahan saya memakaikan dia tali pinggang kereta.

“Sir, what should we do to him?” Alex bertanya. Di sebelahnya si penjahat sedang berlutut sambil berpegang pada bahagian bawahnya. Nampaknya tendangan Rivera sangat berbisa. Sekali lagi perasaan bangga saya terbit. I will never make her mad.

“You will break his leg. Both.And you will make it as painful as possible “ Saya menjawap dingin dan terus memecutkan kereta saya. Eye for eye. Tooth for tooth.

Setelah tiba di rumah saya segera mengangkat Rivera ke bilik saya dan membaringkan tubuhnya di katil. Saya mencapai telefon bimbit dan mendail nombor doktor peribadi saya. Tidak lama kemudian, Doktor Tim datang. Selepas memberitahu yang Rivera tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami kejutan, Doktor Tim meminta diri untuk pulang.
Saya turun ke dapur untuk menyediakan makanan. Saya tahu Rivera akan merasa lapar apabila dia sedar kembali. Selepas selesai menyediakan sandwich, saya bergegas naik ke atas bilik. Apabila dia sedar saya mahu perkara pertama yang dia akan lihat adalah saya.
Rivera bergerak-gerak perlahan dan mencapai bantal disebelah untuk memeluknya. Kemudian dia menarik selimut untuk menutup matanya. Setiap gerak-geri dia tidak lepas dari pandangan saya atau just let's say saya yang  tidak dapat berhenti dari memandang dia. Hakikatnya,keberadaan dia di sini membuatkan saya gembira kerana setelah berbulan-bulan hanya memerhati dia dari jauh, akhirnya dia berada di depan mata saya. My girl. Tetapi jangan salahkan saya. Saya gembira bukan kerana saya suka dia cedera. Saya hanya gembira kerana dia berada dalam jangkauan saya.

Saya bergerak kearah tingkap untuk menutup langsir. Saya termenung buat beberapa masa sehingga akhirnya saya terdengar Rivera mengeliat. She is awake.My girl is awake!

Perlahan-lahan saya berpusing menghadapnya. Dia memandang tepat kearah saya. Matanya yang berwarna biru laut membuatkan saya terpana, seolah-olah saya sedang memandang lautan yang luas, tenang dan mendamaikan. Saya dapat mengesan sedikit emosi dalam matanya seperti ketakutan dan kekeliruan sebelum bibir mungilnya bergerak. Namun saya yang hilang tumpuan  lansung tidak mendengar sebarang ayat atau perkataan yang keluar dari mulutnya. Kecantikkan  Rivera membuatkan saya lupa diri.

“Don’t worry angel. I will never hurt you.” Saya berkata perlahan apabila dia menundukkan mukannya seolah-olah takut dengan renungan saya.
Dengan langkah yang penuh berhati-hati dan perlahan, saya mengorak langkah ke hadapan berniat untuk memeriksa keadaan Rivera. Walaupun doctor sudah memeriksa dia tadi tapi saya rasa adalah menjadi kewajipan saya untuk memastikan sekali lagi yang dia tidak mengalami kecederaan serius. Saya mencapai tangan dia tanpa mempedulikan perasaan dup dap dup dap  di hati saya dan saya tahu kenapa, kerana inilah kali pertama saya menyentuh dia semasa dia sedar.

Saya tidak dapat menahan diri daripada mendengus apabila melihat kesan lebam pada lengan Rivera. Tindakan saya membuatkan Rivera menundukkan kepala, mungkin takut. Saya mengangkat muka dia memandang saya dan sekali lagi saya mendengus apabila melihat kesan kebiru-biruan pada muka dia. Tidak semena-mena, perasaan marah saya membuak-buak. My sweet angel tidak layak diperlakukan begini. She deserves nothing like this. Women should not be hit, not even with a flower!

“Are you not gonna kill me?”Dia berdecit ketakutan sebelum bertanya namun soalan dia membuatkan saya kebingungan dan terluka.
Bingung kerana kenapa soalan itu yang keluar dari mulutnya dan terluka kerana soalan itu yang ditanyakannya. Does she really think that I would kill her? Kill? Her? Why? Kenapa? Kenapa dia terfikir yang saya akan membunuh dia ? Kenapa dia terfikir saya, yang telah mengarahkan orang bawahan saya untuk memerhati dan melindungi dia selama berbulan-bulan ingin membunuh dia,wanita yang ingin saya lindungi ? Just why ?!

OK OK You need to calm down man. Saya menenangkan diri sebelum menjawap perlahan “Kill you? I will never hurt you, angel.” Dia memalingkan muka daripada memandang saya.

“Although there are many things I wanna do to you, killing you is not one of them angel”

“I want to go home.”

“This is your home angel.” OK, Mungkin agak keterlaluan sedikit atau masih terlalu awal untuk saya berkata begitu kerana air muka Rivera  berubah drastik.

“ok but at least have a dinner first. You are hurt and probably hungry.” Dia kelihatan seperti ingin menolak tetapi pada masa yang sama perut dia berbunyi. Saya menahan diri saya daripada tersenyum kerana itu mungkin akan membuatkan dia malu. Oleh itu, saya berjalan ke arah dia untuk mengangkat dia menuruni tangga untuk ke dapur apabila dia hanya mengangguk tanda setuju. My angel is too weak to walk. Tangan saya baru saja menyentuh kulit kaki dia  kemudian dia tiba-tiba melompat menjauhkan diri seolah-olah sentuhan saya membawa penyakit berjangkit.

“You are afraid of me.”

“Shouldn’t I be?”

“Why?” Saya bertanyakan soalan yang sudah ada jawapannya. Air muka Rivera yang jelas ketakutan adalah sebuah jawapan. Pada masa ini, saya menyesal kerana bertanyakan soalan yang saya belum bersedia terima jawapannya.

“Because you are a monster.”
Dan seperti ada sebuah bom yang dijatuhkan betul-betul di atas kepala saya, saya kehilangan kata-kata. Apa yang saya bimbangkan selama ini menjadi kenyataan, Rivera takut akan saya. Satu-satunya orang yang tidak sepatutnya takut pada saya,mengelar saya monster. Saya kelu, seolah-olah lupa cara untuk bercakap. Saya hanya diam tidak menafikan penyataan dia kerana sya tahu apa yang dikatakan adalah benar. Saya adalah monster. Monster yang pentingkan diri sendiri kerana menginginkan seorang ‘angel’.

Saya memimpin Rivera ke dapur dan menghidangkan dia sandwich dan segelas susu. Selepas selesai, saya terus menghantar dia balik. Sepanjang perjalanan, saya hanya berdiam  diri tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut saya. This monster, don’t deserve such angel…..

StargazingWhere stories live. Discover now