Bab 7

563 58 2
                                    

Rowena Rivera

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu. Dan dalam masa seminggu inilah juga Nekel berulang kali mengajak saya tinggal di rumah mereka untuk memastikan keselamatan saya. Walaupun pelbagai alasan yang saya berikan kepada Nekel tapi dia tetap berkeras agar saya tinggal di rumahnya. Sehinggalah tiba satu tahap saya rasa tertekan dengan paksaan dia akhirnya saya mengugut yang saya akan hilangkan diri daripada dia selama –lamanya, barulah dia berhenti memaksa saya. Poor Nekel. Menjadi satu-satunya anak perempuan dan anak bungsu dengan kehidupan yang serba lengkap membuatkan dia keras kepala dan manja. Semua keinginan dia akan dipenuhi sejak dari kecil oleh itu dia tidak biasa dengan penolakkan.

Dan sepanjang seminggu ini juga saya tidak dapat berhenti berfikir tentang Aalaric. Perasaan bersalah masih berbuku di hati saya kerana menggelar dia monster walaupun dia sudah menyelamatkan saya. Mungkin gelaran monster adalah keterlaluan. Saya masih ingat bagaimana muka dia berubah ketika perkataan monster keluar dari mulut saya. Dia kelihatan terlalu terkelu untuk membalas kata-kata saya. Dan entah kenapa saya berharap pada masa itu dia menafikan tuduhan saya terhadapnya, menjelaskan yang dia bukanlah seperti yang semua orang sangkakan, yang dia tidak tahu-menahu akan tuduhan-tuduhan semua orang namun apa yang dia lakukan hanyalah berdiam diri seperti menerima segala gelaran yang diberikan kepadanya.

Monster…beast…..devil…

“Rivera, are you even listening ?”
Suara yang tiba-tiba menyergah itu membuatkan saya terkejut. Saya pantas menoleh dan terpandang Owen, kawan sekerja saya memandang saya penuh tanda tanya. Saya mengangkat kening kepada dia.

“Saya tanya, kau kenal dengan lelaki-lelaki yang sedang duduk di sana tu?”Owen menunjuk di suatu sudut di kedai itu. Saya melihat 3 orang lelaki sedang duduk di kerusi yang disediakan di ruangan kedai  tanpa memilih buku.

“Saya perasan sudah hampir 1 minggu dorang datang sini kedai tapi langsung tiada beli buku.”

“Hmm mungkin dorang mau baca saja tu.”

“Membaca? You look carefully Rivera, tak pelik kah orang yang berpakaian sut serba hitam datang di kedai buku selama seminggu  tapi tak beli dan tak sentuh pun buku-buku kita. Dorang duduk ja di  situ macam menunggu sesuatu. Ada satu kali tu saya ternampak dorang curi-curi pandang kau tapi bila dorang perasan yang saya sedang memerhati cepat-cepat dorang tengok tempat lain.” Owen menjelaskan panjang lebar namun matanya tidak lepas memerhati sekumpulan lelaki tersebut.

Saya memandang sekali lagi ke arah lelaki tersebut dan secara tidak sengaja bertentangan dengan salah seorang daripada lelaki tersebut. Lelaki itu, yang seperti 2 orang kawannya sedang memakai sut lengkap dengan tali leher tersangkut kemas di lehernya. Sekilas pandang mereka kelihatan seperti lelaki dalam filem Men In Black kecuali mereka tidak memakai kaca mata hitam. Lelaki itu cepat-cepat melarikan pandangannya dari saya. Dia menyiku kedua-dua kawannya lalu mereka bertiga bergegas keluar dari kedai.

“See, tiba-tiba dorang keluar begitu saja.” Kata Owen.

“Owen, kalau kau tidak tengok dorang macam kau mau makan dorang, saya yakin dorang tidak akan keluar begitu saja.”

Owen mahu membalas tapi tetap diam apabila seorang pelanggan datang membayar buku. Saya meletakkan buku yang berada dalam genggaman saya lalu memasukkan buku yang dibeli oleh pelanggan tersebut ke dalam bag plastic. Setelah membayar harga buku tersebut dan saya mengucapkan terima kasih, pelanggan itu berlalu pergi. Saya menghadap Owen.

“Ya bukan salah saya dorang lari tapi……”

Ayat Owen tergantung begitu saja. Tiba-tiba dia kelihatan gelisah. Saya mengangkat kening tanda kebingungan. Dia menuding ke arah pintu masuk yang betul-betul berada di belakang saya dengan jari yang terketar-ketar. Perlahan-lahan saya berpusing ke belakang.

Dan apa ataupun siapa yang membuat Owen gelisah membuatkan saya terkedu.

Aalaric Wert sedang berdiri di depan saya. Dia memakai t-shirt hitam dipadankan dengan seluar jeans panjang berwarna hitam. Pakaian dia yang kasual membuatkan dia kelihatan lebih muda daripada umurnya yang sebenar walaupun saya tidak tahu berapa umur dia.Dia menghampiri saya dengan setiap langkah kakinya membuatkan saya sesak nafas. My gosh is it possible to die because of handsomeness ? RIP Rowena Rivera. Cause of death: handsomeness of Aalaric Wert 

Dengan sekelip mata Aalaric berada di hadapan saya. “Good evening angel.” Dia menyapa.

Ok. Wow. That’s too formal. Owen yang terkejut secara tidak sengaja terjatuhkan buku yang berada di atas meja. Di cepat-cepat mengutip buku itu lalu berjalan meninggalkan saya bersendirian dengan Aalaric tanpa sepatah kata. Wow a definition of a good friend!

“I brought you fruits.” Dia meletakkan sebuah plastic yang ke atas meja yang saya tidak perasan pun dia bawa tadi.

“You know if you like staring at me, I might  just come every day. For you.”
Saya tersedar dari lamunan “Er.. thank you.” Tidak tahu ayat apa sesuai di ucapkan, saya hanya membalas pendek.

“Emm..can I ask, what are you doing here?”

Aalaric tersenyum kecil. Mata dia tidak lepas dari memandang saya seolah-olah jika dia terlepas pandang sekali, saya akan hilang dari pandanggannya. “I came to ask you a question.”

“What question?” And now I'm frowning. Tertanya-tanya apa atau kenapa seseorang seperti Aalaric yang hampir mempunyai segalanya ingin bertanya sesuatu kepada saya. Ya saya, seorang yang tidak memiliki apa-apa harta atau keluarga kecuali seekor anjing husky yang kini berada di rumah saya. Yang saya beli sempena hari jadi ke 23tahun saya 2 tahun yang lalu. Dan sekarang saya perlu bekerja keras mencari duit lebih untuk segala kos anjing saya termasuklah kos makanan, rawatan dan sebagainya. But don’t worry my puppy husky, mama will feed you. 

Saya berdehem kecil mengalihkan perhatian saya sepenuhya kepada Aalaric. Dia teragak-agak sebelum menyoal saya.

“Who is your favourite hero?”

Saya bertambah pelik dan kebingungan. Adakah kedatangan Aalaric ke sini dengan membawa buah hanya semata-mata ingin tahu siapa hero kegemaran saya. Saya yakin seseorang seperti dia pasti mempunyai lebih banyak urusan daripada melawat orang yang baru sekali dijumpanya untuk ditanya soalan random.

“Naruto.” Saya menjawap pendek. Namun mata saya tidak terlepas terpandang perubahan pada muka Aalaric. Dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak percaya. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. What, call me childish, but I always like Naruto, I love his spirit.

Dan kemudian dia buat sesuatu yang saya tidak  jangka dia akan lakukan, sesuatu yang membuatkan jantung saya berdegup kencang.. Dia ketawa. Aalaric Wert, lelaki yang ditakuti diseluruh kota sedang ketawa dihadapan saya . Dan bila saya cakap ketawa, dia betul-betul ketawa, ketawa kuat yang saya pasti tiada seorang pun yang pernah nampak dia berkelakuan seperti itu.

Apabila orang mula memandang  kami, Aalaric kembali membuat muka serius seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya memandang dia penuh kehairanan. Tertanya-tanya bahagian mana jawapan saya yang melucukan. Setelah dia dapat mengawal air mukanya, dia kembali bersuara.

“That’s it, angel. I will come again. For you.” Dan dalam sekelip mata dia terus menghilang di sebalik pintu, meninggalkan saya yang terkebil-kebil kebingungan. What was just happen?

StargazingWhere stories live. Discover now