Bab 30 FINAL

670 43 4
                                    

ROWENA RIVERA

The future can never lie about the past. In the end, you will see the beginning.

Michael Bassey Johnson

1 year later

Saya melihat diri saya di hadapan cermin dan tersenyum kecil. Setahun yang lalu apabila saya melihat cermin apa yang saya nampak adalah seorang wanita yang kurus, tidak bermaya dan lesu. Sekarang seorang wanita yang sihat, gembira dan bersemangat merenung kembali dari cermin.

Saya tidak pernah menyangka yang hidup saya akan berubah 360 darjah selepas saya bertemu Aalaric. Daripada hidup kekurangan dan penuh kemiskinan kini saya hidup dalam penuh kecukupan. Segala keperluan dan kemahuan saya akan sentiasa dipenuhi. Aalaric memastikan itu.

Kehadiran Aalaric bagaikan sinar mentari di awan yang mendung, yang memberikan saya harapan dan sinar baru. Saya masih ingat pertama kali melihat dia, tetakutan jelas terpancar di wajah saya tapi kini apabila saya melihat dia, all I see is love.

Banyak perkara juga telah berlaku sepanjang satu tahun ini. Saya telah menyambung pelajaran dalam bidang psikologi sementara Nekel terus bekerja dengan syarikat keluarganya. Walaupun Aalaric berkeras ingin saya mengambil alih syarikat yang selama ini dia terajui tapi saya tetap tidak berganjak dengan keputusan saya untuk mencapai cita-cita saya. Akhirnya, Aalaric bersetuju dengan keputusan saya selepas memaksa saya untuk berjanji bermacam-macam dan menetapkan pelbagai syarat.

Berkat bantuan Marena, Tony dan Rafael yang bersembunyi telah berjaya diberkas. Mereka telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh kedua-dua ibu bapa kandung saya. Syarikat Tony telah di ambil alih oleh satu-satunya pewaris dia iaitu Marena. Syarikat Marena juga telah bekerjasama dengan syarikat Aalaric.

Lamunan saya terhenti apabila pintu diketuk dari luar. Saya berdehem beberapa kali sebelum membenarkan pengetuk tadi untuk masuk.

"It's time." Nekel mengumumkan. Dia kelihatan cantik dan menawan dengan memakai gaun panjang berwarna merah. Belahan tengah pada gaun dia menampakkan kaki panjang dan halusnya. Sementara rambut dia yang disanggul tinggi menyerlahkan leher jinjangnya. Make up minima yang dipakainya tidak sedikit pun mengurangkan kecantikannya malah masih menyerlahkan kecantikan yang sedia ada.

"What's wrong?" Dia bertanya sambil berjalan mendekati saya dengan setiap langkah diatur dengan anggun. Heels 5inch yang dipakainya bergema di segenap bilik. Dia memberikan saya senyuman manis menampakkan barisan gigi putihnya, senyuman yang mampu mencairkan hati hampir semua lelaki.

Hampir.

Kecuali Alex.

Sepanjang saya mengenali Nekel, tidak pernah saya melihat dia menjalinkan hubungan yang serius dengan lelaki. Sikap Nekel yang ceria dan mudah didekati membuatkan ramai lelaki ingin mendekati dia namun tanpa sebab yang munasabah, Nekel tidak pernah menghiraukan lelaki yang cuba menarik perhatiannya. In fact, dia tidak pernah tertarik dengan lelaki.

Kecuali Alex.

Alex satu-satunya lelaki yang berjaya menarik perhatian Nekel. Mereka bertemu pertama kali semasa Aalaric ditahan di hospital setahun yang lalu. Semenjak itu Nekel berusaha pelbagai cara untuk menarik perhatian Alex tapi Alex tidak pernah memberikan respon positif sebalik menolak Nekel terang-terangan. Bermula dari situ, Nekel tidak pernah berputus asa untuk memenangi Alex sehinggalah ke hari ini.

"What's wrong?" Nekel bertanya lagi apabila saya mengabaikan soalannya yang tadi. Dia memegang kedua-dua bahu saya sambil merenung tepat ke mata saya. "I can't believe you finally get marry today."

StargazingWhere stories live. Discover now