Bab 13

508 55 2
                                    

Rowena Rivera

Setibanya di bilik Aalaric, saya meletakkan beg plastik tersebut di atas katil lalu menyelongkar kandungannya. Saya terkejut bila melihat pelbagai jenis dress, skirt, blouse, t-shirt, jeans, termasuk 2 pasang sandal, sneaker dan boots dari jenama yang terkenal. Tapi cuma satu yang kurang, baju tidur. Oh, and the Victoria Secret thing saya jumpa dalam plastik yang berbeza. Saya blushing lagi bila melihat aneka pakaian dalam dari underwear, thongs, dan lingerie malah ada pakaian dalam yang saya tidak pernah tahu pun kewujudannya kerana hanya transparent dan tidak menutup apa-apa😂 There is no way I will wear this disgusting thing.

Dengan mengasingkan benda yang menjijikan itu ke dalam plastik yang bebeza saya memilih sehelai skirt paras lutut dan sehelai blouse yang saya akan pasangkan dengan sandal. Simple and nice. And I like it. Saya menyalin kepada pakaian tersebut dan menyikat rambut saya. Selepas itu saya turun ke dapur.

Alex sudah tiada begitu juga dengan Aalaric. Saya membuat jus sementara menunggu Aalaric. Dapurnya yang luas dan besar menyukarkan saya mencari cawan. Sambil mengeluh saya memandang sekeliling tertanya-tanya kenapa tidak mengupah orang gaji bila sudah sekaya ini. Dan bila difikirkan kembali, saya tidak melihat seorang orang gaji pun dari hari pertama saya di sini.

Akhirnya saya melihat cawan di atas almari namun ketinggian saya tidak dapat mencapai cawan tersebut walaupun dengan beberapa kali melompat. Saya baru hendak berpusing dan melupakan hasrat saya ingin membuat jus apabila tiba-tiba sepasang tangan menahan bahu saya dan mencapai cawan tersebut.

Saya terkaku. Saya tidak perlu berpusing untuk mengetahui siapa yang berada terlalu dekat di belakang saya. Terlalu dekat sehingga badan dia menyentuh belakang badan saya. And too near to my liking. Dari haruman minyak wangi dan badan saya yang automatik terkaku saya tahu dia adalah Aalaric. Aalaric yang bergerak perlahan dan senyap seperti pemangsa hingga saya tidak menyedari kehadiran dia.

“Let's go angel.” Hanya itu ayat yang keluar dari mulut dia sebelum dia keluar dari dapur menuju ke garaj. Dan saya bersumpah yang saya terasa dia mengucup kepala saya sebelum dia berjalan keluar.

Sepanjang perjalanan ke klinik haiwan Aalaric hanya diam. Saya terpaksa menahan diri daripada bertanya kenapa dia tidak mengupah orang gaji kerana dia seperti sedang berfikir sesuatu yang serius. Selepas beberapa jam di klinik haiwan Aalaric menghantar saya di tempat kerja saya.

Dan barulah Aalaric membuka mulut. “Angel, I will pick you up at 6.” Dia keluar dan membukakan pintu kereta untuk saya. Saya mengangkat kening tanda kebingungan.

Aalaric yang melihat ekspresi muka saya tersenyum seolah-olah terhibur dengan gelagat saya. “I will pick you up. You are staying with me tonight.” Dia mengulang ayat dia lagi.

Dan sekarang barulah saya faham kenapa dia belikan saya pakaian dan kasut yang banyak. “Why?”

“Because it's easier to go to the vet from my place.” Dia menjawap ringkas seolah-olah saya baru bertanya tentang cuaca pada hari ini.

“It's ok Aalaric. I can manage it. Saya tak mahu menyusahkan.”

Aalaric memandang saya. Saya tahu dia tidak biasa dengan penolakkan dan dia rasa terluka kerana saya menolak bantuan yang dihulurkannya tapi dia tidak menunjukkan rasa kecewanya. Dia hanya memandang saya tanpa ekspresi.

“Please don't argue angel. This is for Pino. If anything happens to him we need to get there as soon as possible and my place is the right place. And don't ever said menyusahkan lagi. It's my pleasure to help you” Dia berkata tegas tanpa meninggalkan ruang untuk saya membantah.

“That's it. I will come at 6.” Dia akhirnya memberikan kata putus selepas saya hanya membatukan diri selama beberapa saat. Dia menyentuh kepala saya sebelum memecut keretanya.

StargazingWhere stories live. Discover now