Bab 25

553 57 12
                                    

ROWENA RIVERA

I try to stay in a constant state of confusion just because of the expression it leaves on my face.

Johnny Depp


I always knew I was adopted, that the parents that I knew since kid are not my biological parents. People used to tell me that I am different from my parents. I dont have their eyes, their hair color or their figure but I dont trust their words, I always thought they were lying until I heard my parents conversation and learn the truth that I was really adopted.

Kata-kata Aalaric bagaikan pisau yang menghiris hati saya dan merobek jantung saya. Saya melihat dia dengan mata yang besar, masih memproses kata-kata terakhir dia yang kedengaran tidak masuk akal. Walaupun saya tahu saya bukan anak kandung ibu bapa yang membesarkan saya namun kenyataan Aalaric langsung tidak masuk akal. Saya perlukan bukti lebih daripada kata-kata dia.

"Wh..what do you mean I am your lost sister?" Saya bertanya terketar-ketar. Tiba-tiba saya berasa sejuk dan barulah saya sedar saya masih telanjang bulat tanpa seurat benang menutup tubuh saya.

Aalaric kelu. Muka dia masih penuh dengan kejutan. Dia berbisik beberapa perkataan yang saya tidak dapat tangkap maksudnya. Dia duduk di sisi katil, jauh dari saya. Dia tidak menjawap saya, hakikatnya dia seperti tidak mendengar soalan saya.

"You are the woman that I been looking for desperately. You are so close but I never recognize you, Wireva" Aalaric berkata perlahan. Sangat perlahan sehingga saya hampir tidak mendengarnya. Namun saya mengabaikan kata-katanya kerana dia memanggil saya dengan nama yang berbeza lebih menarik perhatian saya. Wireva, nama itu kedengaran biasa. Adakah kerana nama Rivera dan Wireva hampir sama maka ia kedengaran biasa?

Saya mahu bertanya tentang nama itu kepada Aalaric tapi dia mematikan niat saya apabila sekali lagi dia bercakap dengan dirinya sendiri "You are my sister. I must be crazy."

"Aalaric please answer me!" Masih tiada jawapan.

Saya hanya melihat Aalaric mengelengkan kepalanya. Perasaan saya bercampur baur. Marah, geram, malu, jijik dan rasa terhina dengan perlakuan Aalaric. Saya bangun dan memakai pakaian saya satu persatu. Saya bertekad untuk melarikan diri daripada Aalaric dan mencari jawapan saya sendiri. Saya mencapai beg tangan saya dan berlari keluar dengan menghempas pintu bilik. Aalaric yang seperti baru tersedar daripada lamunannya cuba mengejar saya tapi keadaan dia yang masih telanjang bulat memaksa dia untuk memakai pakaian.

Saya berlari tergesa-gesa sehingga tshirt yang saya sedang pakai tersangkut di hujung meja dan terkoyak namun saya tidak mempedulikannya. Saya terus berlari hingga di luar rumah apabila tiba-tiba Aalaric menarik tangan saya.

"Angel, please I'm sorry. Let me explain."

"There is nothing to explain Aalaric. This is crazy. You are sick." Saya cuba melepaskan tangan saya daripada Aalaric tapi dia makin mengetatkan pegangan dia.

"Please angel. Listen to me first, this could work. This sibling thing will not tear us apart." Dia merayu lagi tapi perkataan dia semakin membuatkan saya marah. Aalaric sudah gila dan saya sudah bosan dengan semua kegilaan ini.

"There is no us Aalaric. There is never 'us' in the beginning. I can't believe you still want me after you said yourself that I am your sister. You are really sick Aalaric.!"

Aalaric menarik saya dalam pelukannya tanpa mengendahkan saya yang meronta-ronta ingin melepaskan diri. "Dont leave me. I love you."

"You are selfish. You are so selfish. You know what, maybe the people were right that you kill your parents for the property, that you are really a monster Aalaric Wert." Saya mengucapkan ayat itu dengan perlahan namun berdasarkan reaksi Aalaric yang tiba-tiba kaku, saya tahu dia mendengar setiap bait perkataan dengan jelas.

StargazingWhere stories live. Discover now