Bab 20

508 60 3
                                    

ROWENA RIVERA

"The best way to find out if you can trust somebody is to trust them."
Ernest Hemingway

Saya dibangunkan dengan pergerakan kecil di sebelah saya. Saya membuka mata dan melihat Aalaric mengeliat. Saya bergerak menghadap dinding tapi Aalaric mengetatkan pelukan pada pinggang saya. Kaki dia pula menindih kaki saya yang kecil menambahkan beban pada kaki saya.

Saya berhenti bergerak apabila yakin yang saya tidak akan dapat melepaskan diri daripada pelukan dia. Setiap pergerakan kecil saya menyebabkan dia menarik saya lebih dekat kepadanya. Jika bukan kerana dada dia yang turun naik menghembus nafas dengan perlahan, saya akan fikir yang dia hanya berpura-pura tidur supaya dapat berada dekat dengan saya.

Aalaric tidur seperti bayi kecil. Raut wajah dia kelihatan tenang. Tenang dan damai. Seperti tidak ada gangguan yang dapat menganggu tidur lena dia.

Tidak dapat menahan diri, saya menyentuh batang hidung dia lalu mengerakkan jari saya di sepanjang hidung mancung dia. Kemudian saya menyentuh kedua-dua pipi dia. Walaupun Aalaric berkulit sawo matang tapi kulit dia tetap halus dan bersih. Secara automatik jari saya menyentuh bulu mata dia pula. Bulu mata Aalaric yang panjang dan lentik adalah perkara yang membuatkan saya iri hati kepada dia.

Tiba-tiba Aalaric membuka mata membuatkan saya terkejut. Anak mata coklat kehijauan sedang memandang tepat ke arah saya. Dia memandang saya dengan penuh emosi. Emosi yang saya tidak dapat tafsirkan apa. Mungkin marah, suka, geram ataupun lega ? Saya menundukkan muka malu kerana Aalaric menangkap saya sedang menyentuhnya semasa dia tidur.

"Don't ever look away from me angel" Dia meletakkan jari telunjuknya ke dagu saya dan mengangkat untuk memandangnya. Dengan perlahan-lahan dia menyentuh pipi saya kemudian mengelusnya. saya menutup mata,sentuhan Aalaric mengasyikkan. Dia melarikan jari runcingnya di segenap muka saya dan berhenti pada bibir saya.

Saya melepaskan nafas yang saya tidak sedar pun saya tahan. Aalaric menggerak-gerakkan jarinya pada bibir saya, menambahkan sensual tension yang dirasakan sekarang.

"Look at me angel"

Saya membuka mata dan bertentangan dengan mata coklat kehijauan milik Aalaric. Dan seolah-olah ada magnet ghaib yang menarik kami ke arah satu sama lain, jarak kami hanya seinci. Saya tidak sedar siapa yang memulakan dahulu sebab perkara terakhir yang saya sedar, kami sedang berciuman.

Basah.

It feels wet but at the same time intoxicated. Aalaric kiss me so tenderly like l am the softest thing on earth and the precious treasure he ever had. He deepens the kiss to be in charge and to sent me to the oblivion. The kiss is so addictive that when he pulled out I whimper at the lost contact.

Pada mulanya semua ini rasa pelik, berada dalam pelukan dan sedang berciuman dengan Aalaric Wert adalah perkara terakhir yang terlintas di fikiran saya. Saya juga tidak menjangka yang ciuman pertama saya adalah bersama Aalaric.

"That... was my first kiss..." Saya berkata lembut, masih terkesan dengan ciuman tadi.

Aalaric tersenyum dan mata dia bersinar kegembiraan " And the only one you can kiss is me."

Saya tunduk menahan malu, pipi saya mula bertukar merah jambu lembut akibat malu dan menyebabkan Aalaric ketawa kecil.

"You're beautiful angel." Dia berkata lagi membuatkan saya bertambah malu. Saya ingin menyembunyikan diri agar dia tidak melihat pipi saya yang semakin bertukar warna merah jambu. Tidak dapat mencari tempat untuk bersembunyi, dan tidak dapat berfikir dengan betul, saya menyembamkan muka ke dada Aalaric. Aalaric ketawa, terhibur dengan perlakuan saya sebelum menarik saya lebih rapat kepadanya.

StargazingWhere stories live. Discover now