Bab 4

537 58 4
                                    


Rowena Rivera

Menyusuri laluan berbata koridor menuju ke apartment. Saya dikejutkan dengan bunyi teriakan seorang wanita. Saya berlari tergesa-gesa ke hadapan mencari punca bunyi tersebut namun apa yang saya nampak membuatkan saya terkejut.
Dihadapan saya, seorang lelaki sedang memukul seorang wanita yang telah cedera. Wanita itu sedang terbaring di lantai sementara lelaki tersebut berada di atasnya sambil memukul muka wanita itu berulang kali. Lebam dan luka-luka kecil kelihatan di serata muka dan lengan dia. Cecair kemerahan pekat sedang mengalir dari sebelahnya. Wanita itu cedera parah. Tanpa berfikir panjang saya membuka kasut saya satu persatu  lalu menghumban ke arah lelaki itu. I hate violence.

“HEI berhenti!” Saya berteriak sekuat hati berharap ada orang di sekitar yang terdengar namun harapan saya mati apabila teringat yang tidak ramai orang yang lalu lalang di kawasan ini pada lewat malam. Lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran saya lantas berdiri lalu mengeringai seolah-olah sedang mengejek. Dia memandang saya dari atas ke bawah sebelum berlari mendekati saya.
Aksi lelaki itu yang mendadak berlari mengejutkan saya. Saya berlari tapi sempat ditarik dengan kasar menyebabkan saya tergolek di lantai.

“Yum,tepat masanya si cantik”. Tanpa mempedulikan lutut saya yang berdarah akibat tergores di bata saya cepat-cepat berdiri sebelum lelaki durjana itu sempat menindih saya. Saya meludah kemudian mengambil sebatang kayu yang berada di tepi dinding. Lelaki itu membuatkan saya meluat, dasar gila seks!

Lelaki itu berlari lagi ke arah saya tapi kali ini saya sudah bersedia. Saya menghayunkan kayu yang berada di tangan saya  tepat pada masa si durjana menarik rambut saya. Si durjana tersungkur di atas lantai. Saya tersenyum puas hati sebelum mendekati dia  berniat mahu membelasah dia seperti yang dia lakukan terhadap wanita tadi
Si durjana yang nampaknya terkejut dengan tindakan saya memukulnya cepat-cepat berdiri sambil menyeluk sakunya. Sepantas kilat dia mengeluarkan sebilah pisau lipat. Saya terhenti melangkah. Walau macam manapun keinginan saya untuk membelasah si durjana tapi saya tahu yang kekuatan saya tidak akan dapat mengalahkan dia ditambah lagi dengan senjata yang sedang dipegangnya. Lagipun saya perlu cepat mendapatkan bantuan kerana wanita tadi sedang cedera parah kalau dibiarkan lama dia akan kehilangan darah yang banyak.

Saya berundur perlahan berharap cahaya yang kelam dapat melindungi pergerakan saya. Dengan sepantas kilat tanpa mempedulikan lutut saya yang terasa sakit, saya berpusing kemudian berlari  sekuat hati. Apabila kaki saya terasa sakit menusuk barulah saya perasaan yang saya hanya berkaki ayam lutut saya pula terasa pedih. Tiba-tiba saya ditarik dari belakang dan dihumban ke dinding. Lelaki durjana itu mendekati saya sambil mengacukan pisaunya kepada saya.

“Now you cannot escape me. We will have fun tonight and I will enjoy you”. Saya meludah tepat ke muka si durjana. Dia menutup mata sebentar sebelum menjilat kesan ludah saya tadi. Eww jijik. Saya cuba menolak tubuh dia namun dengan pantas dia menarik rambut saya lalu memotong menggunakan pisau lipatnya. Damn! My hair is my pride. Dengan perasaan benci yang menbuak-buak saya mengigit lengan dia menyebabkan dia berteriak dan hilang tumpuan sebentar. Saya mengambil kesempatan itu untuk cuba melepaskan diri tapi kaki dan lutut saya yang cedera melambatkan pergerakan saya. Sekali lagi saya di tarik sebelum di hempas di dinding. Si durjana bertindak lebih agresif dengan menampar muka saya berkali-kali. Pandangan saya mula kabur namun saya mengumpulkan sisa tenaga yang ada untuk menendang kaki dia hanya untuk menerima sepakan di perut. Sekali lagi saya menendang dia tetapi kali ini saya menendang di bahagian di mana ‘cahaya matahari tidak bersinar’ dengan sekuat hati.

Si durjana jatuh tersungkur dan saya mengambil peluang ini untuk berlari tanpa mempedulikan rasa pedih di kaki saya. Saya hampir tiba di hujung koridor apabila tiba-tiba saya di hadang oleh seorang yang lebih menakutkan saya daripada si durjana tadi.

Berdiri di hadapan saya adalah Aalaric Wert, orang yang paling digeruni diseluruh kota.

“My angel”. Suara serak itu adalah perkara terakhir yang saya dengar sebelum kegelapan menyelimuti saya.

StargazingWhere stories live. Discover now