"Mama kerja teruk-teruk dulu. Bagi kamu didikan elok sampai masuk universiti bukan nak suruh kamu besar jadi tukang bancuh tepung kek. Yang itu, tak payah masuk U pun boleh buat!" marah mama bersungguh. Muka punyalah berkerut macam menahan sakit. Sakit hati barangkali.
"Itu dulu, ma. Sekarang ni, jadi cef pun boleh terkenal pusing dunia tau, ma! Masing-masing pun bukan setakat sijil. Ada yang sampai Master segala. Contoh? Tuuu...Cef Wan tu. Jangan kata mama tak kenal dia pula."
"Itu cef. Yang kamu nak kerja ni penguli tepung. Buat biskut. Idea karut mana kamu dapat ni, Ian? Hah? Fahaman siapa yang meresap dalam kepala otak kamu ni? Elok-elok panjat mesin tinggi-tinggi, boleh pula nak tukar pegang tepung. Hesy. Pelik!"
Ian gelak mengekek. Jus oren disua kepada mama yang baru sedar daripada pengsan olok-oloknya tadi.
"Ian nak buat anjakan paradigma, maaa..."
"Tak payah nak anjak sangat! Kerja aje yang sedia ada ni. Tak lama lagi jumpa jodoh. Kahwin. Dapat anak. One happy family. Gitu cara orang settle down. Yang kamu lagi nak menganjak entah ke mana... Dah kenapa?"
Ian tarik muka, minta kasihan. Bahu mama dipeluk sambil dalam hati berdoa agar hati mama dilembutkan. Mana mungkin dia nak ke KL kalau mama tak restu? Masalahnya dia dah berjanji pula dengan Ammar. Takkan nak cancel?
"Mama janganlah cakap macam tu. Mama sayang Ian, kan? Ian nak mulakan hidup baru, ma. Kalau Ian terus dengan kerja sekarang, peratusan Ian jumpa dia semula akan ada juga nanti sebab masih aliran yang sama. Tak gitu?"
"Haah. Habis tu, dengan serah diri duduk dekat KL sambil menguli tepung tu tak ada peratus kamu nak jumpa dia semula? Hah?"
Ian senyum. Bahu mamanya yang kecil molek saja orangnya diraih dan dipeluk rapat.
"Itu KL, ma. KL tu besar. Masa kita duduk sana dulu pun, tak pernah sekali Ian jumpa dengan calon menantu tak jadi mama bulan lepas Si Iris tu. Walhal dia menyewa sebelah taman kita duduk dulu. Kan? Last-last jumpa dekat sini. Nampak tak apa maknanya tu? Kalau tak ada jodoh, tak jumpa. Dan mama pun tahu, kan? Ian dengan orang yang mama takut sangat Ian jumpa semula tu memang tak berjodoh. Macam tajuk drama yang mama dok tengok tu la. Macam tu la situasi Ian. Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin..." lirih Ian perlahan sambil tersenyum pahit.
"Dia tu yang tak sedar dek untung. Pinggan gred premium orang bagi, ditolak. Huh!" rungut mama. Walau masa berlalu, nampaknya mama masih terkesan dengan kisah lama. Dendamnya masih ada walhal secara harfiahnya, dia tak ada salah pun pada mama. Lagi pula bila soal hati ni, mana boleh dipaksa.
Keadaan jadi sunyi sebentar. Ian tunduk sambil mengeluh perlahan. Walapun nama 'dia' tak pernah disebut sejak peristiwa tempoh hari, tapi entah kenapa semua perkara mesti berkait dengan dia sama ada antara sedar atau tidak.
Semaklah! Dia rasa lemas. Rasa tak boleh bernafas. You need a new life, Ian!
"Mama minta maaf..."
"Ya, ma?"
"Mama minta maaf," ucap mama sekali lagi sambil usap perlahan bahu Ian yang tampak kebingungan.
"Mama tahu, deep down dalam hati Ian cuba nak lupakan dia. Kan? Sebab tu Ian nak tukar bidang?"
Ian masih blur asbab mama beria-ia minta maaf siap pakej muka sayu aje tenung muka dia dari tadi tapi dilayankan saja. Nampak gaya hati mama macam dah boleh dipujuk dengan usul nak ke KL.
"Mama setuju. Kerjalah apa pun asalkan halal."
Setuju? Bibir Ian langsung senyum sampai ke telinga.
"Betul ni, ma? Mama setuju nak ikut Ian?"
Mama angguk perlahan. Ian raup muka dengan kedua-dua belah tangan dengan senyum masih bersisa. Alhamdulillah! Alhamdulillah!
"Tapi, Ian boleh ke uli tepung? Maksud mama, sejak bila Ian mula belajar baking?"
"Dah lama, ma. Sejak Ian pergi fisio hari tu. Kelas tu dekat aje dengan tempat fisio Ian. Ammar yang ajak Ian cuba-cuba. Ammar tu salah sorang tenaga pengajar part-time dekat situ. Dia pun dah ada virtual shop sendiri. Mula-mula tu Ian join untuk tengok Ammar mengajar aje. Entahlah, tetiba jadi minat pula."
Terangguk-angguk mama seketika.
"Tapi ada syarat tau..."
Ian tepuk dahi.
"Bukan syaratnya kena kahwin, kan?"
Mama senyum seraya menggeleng.
"Next week hari jadi mama, Ian siapkan kek dan yang sewaktu dengannya. Mama nak Ian yang buat sendiri. Boleh? Kalau lulus, hujung bulan kita ke KL."
"Serius ni, ma?"
Mama angguk yakin.
"Mama memang terbaiklah. Mak cik lawa!" usik Ian seraya bingkas bangun dan berlari naik ke atas. Nak double confirm dengan Ammar!
YOU ARE READING
MAMAT DINGIN HATI RINDU
General FictionTajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang be...