Hani terkedu. Liur terasa kering. Jantung pula laju saja mengepam darah gaya macam lepas kena tangkap selingkuh!
"Hani, aku tanya ni..." tekan Lina sekali lagi.
"Apa? Kau tanya apa tadi?" Hani menyoal pura-pura blur.
Lina buang keluhan panjang. Tubuhnya disandar pada kerusi, santai tapi wajahnya langsung tak ada senyum. Dah gaya 'inspektor sahab' tengah soal siasat di balai.
"Aku tahu, aku tak ada hak nak masuk campur personal life kau. Tapi Hani..." kata-kata Lina terhenti disitu. Lima saat... 10 saat... Buat jantung Hani rasa debar makin kuat. Perghhh. Apa ni? Ini baru Lina yang bertanya tau, Hani. Kalau Adam yang bertanya? Kalau Adam yang dapat tahu selama ni dalam diam kau mencari dia? Cuba hubungi dia?
"Aku..."
"Aku tahu kau sunyi. Kebanyakan masa kau berdua aje dengan Hana dekat rumah. Tapi babe, Adam kerja untuk kau dengan Hana juga, kan?"
Hani angguk perlahan. Dalam diam dia rasa lega. Nampaknya Lina cuma syak yang dia ada affair dengan lelaki lain tapi tak tahu siapa orangnya. Tapi bab sunyi? Sunyi ke dia? Siang hari dah penat memanjat sana sini di tempat kerja, malam pula melayan keletah Hana. Sempat ke dia nak sunyi bak kata Lina? Entah bila Adam balik pun kadang-kadang dia tak sedar. Tahu-tahu saja dah subuh dan Adam pula dah siap mandi dan kejutkan dia untuk bangun solat sama. Tu aje kitaran hidupnya tiga bulan kebelakangan ini.
"Kalau kau perlukan seseorang, aku ada tau..." sambung Lina.
"Memanglah kau ada. Kalau tak, aku tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?" seloroh Hani. Lina dah tarik muka malas nak melayan.
"Aku serius, babe. Kalau kau rasa bosan atau sunyi tapi malas nak layan kerenah abang-abang kau. Aku ada. Kalau kau malas nak bawa Hana keluar malam-malam gi rumah aku, biar aku aje yang datang rumah kau."
Hani tengadah. Tak sangka pula yang selama ni Lina dok memerhatikan rutin hidupnya. Seketika wajah serius dan jujur Lina dikerling. Keprihatinan Lina memang nampak ikhlas. Tak dibuat-dibuat. Masalahnya cuma pada dia. Dia yang tak berapa nak jujur dan ikhlas dalam persahabatan mereka. Ada lagi peratusan berbaki yang dia ketepikan untuk tak terlalu percayakan seorang kawan baik perempuan. Kawan baik perempuan, baik macam mana pun tetap tak akan sama dengan kawan baik lelaki. Itu prinsip yang masih ada dalam dirinya. Traumanya selama ni masih bersisa.
"Siapa lelaki tu?" soal Lina.
"Hah?"
"The other me. Siapa dia? Aku kenal ke? Dia client kita?" soal Lina, serius. Seraya itu Hani terus gelak beria-ia sampai tepuk-tepuk meja. Biarpun nampak macam orang gila, tapi dipaksa dirinya nampak natural. Belum sampai masanya lagi Lina tahu tentang hal ni. Belum lagi.
"Kau dah kenapa? Gila?" soal Lina, bengang.
"Kau betul-betul sayang aku kan, Lina? Aku jadi tak sampai hati nak sorok dah, babe! Well, the other me? Mestilah Adam walaupun nama aku Hani. Bukan Hawa!" balas Hani sambil sambung gelak.
"Maksud kau?"
"Kau ni macam tak biasa pula. Bukan ke ada sesetengah orang nakkan privacy? So, gunalah dua nombor telefon. Satu untuk personal, satu lagi untuk kerja. Dari dulu lagi Adam memang ada dua phone. Kadang-kadang dia tak nak orang kacau dia masa cuti so, dia off phone kerja."
"Betul ni?" soal Lina. Kurang percaya.
"Nak kena junjung sumpah setia ke camne ni?" perli Hani sebelum Lina tersenyum sambil geleng kepala. Hani pula masih mood nak mengusik beria-ia buat gaya angkat sumpah.
"Assalamualaikum, sayang. Ni kenapa senyum sorang-sorang pula ni? TV tertutup pula tu," tegur satu suara dari belakang.
Hani senyum seraya bingkas bangun. Tangan Adam ditarik untuk disalami dan ajak duduk sama di atas sofa.

ANDA SEDANG MEMBACA
MAMAT DINGIN HATI RINDU
Ficção GeralTajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang be...