Bab 14

1.1K 22 0
                                    

Fitbit Charge 2 di tangan kanannya tertera waktu 9.45 malam. Masih awal lagi kalau diikutkan, tapi entah kenapa matanya bagai digam sekuatnya dengan gam gajah. Mild mocha yang Miqdad buatkan untuk dia tadi pun rasanya tak cukup kafein untuk halang dia daripada terlelap. Ah, parah ni. Topping belum buat lagi. Nak tak nak, tengah malam ni kena masukkan semua dalam chiller. Esok pagi dah nak delivery Ian, oi!

Ian buang keluhan panjang. Kerusi ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya. Poket seluar khakinya diraba mencari gerangan telefon bimbitnya. Sejak sampai di kafe pukul lima tadi sampai sekarang, langsung tak dijenguk. Berhenti solat maghrib, terus sambung membakar. Kalau satu, dua oder tak apa juga. Ini tidak. 20 pesanan dengan lima jenis topping yang berbeza.

"Leceh rupa-rupanya buat benda ni. Bila tengok dekat kedai tu, nampak lawa. Sedap. Rasa nak makan. Tapi nak bagi jadi tu, mak aihhh..." rungut Ian perlahan.

Pandangannya melata ke arah deretan brownies yang siap. Brownies Nutella, cheese tak ada masalah sangat. Masa dekat Perlis hari tu, banyak kali juga dia tolong Ammar buat sampaikan Ammar tuduh dia langgar tauke. Sedap lagi brownies hasil tangan dia, berbanding Ammar yang kononnya lembut, chewy dan tak hancur katanya. Entah ya atau tidak masa tu, dia sendiri tak berapa pasti. Tapi, bila sekarang ni hasil tangannya yang satu itu, dah jadi salah satu menu di kafe kecil mereka dan kebelakangan ini jadi ala-ala most wanted menu. Mungkinlah betul apa Ammar katakan tu.

"Masih dekat kafe ke?" soal mama sebaik saja panggilan bersambung.

"Waalaikumussalam, ma. Ya, ma. Ian dekat kafe. Maaf. Ian tak sempat balik rumah lepas kelas tadi. Kena siapkan oder untuk esok. Mama dah dinner?" soal Ian, lemah. Letih. Tapi bila teringatkan mama yang mestinya sekarang berseorangan dekat rumah, rasa kasihan pun ada juga. Ammar pun masih di kafe kelam-kabut keluar masuk melayan pelanggan. Hujung minggu macam ni, ramai juga yang datang ke kafe mereka.

"Mama tengah dinner dengan Nia ni dekat IOI Mall. Dubuyo, kau! Boleh tahan juga makanan dekat sini. Apa namanya tu... Gogi?"

Ian tepuk dahi berkali-kali. Ah, sudah! Habislah. Kesian otak suci murni Melayu mama dicemar dek minah sayur tu dengan makanan negara asal dia.

"Mama makan apa tu? Yang macam Maggi tu, eh?" soal Ian acuh tak acuh.

"Eh, mana ada. Kalau setakat makan Maggi, baik makan dekat rumah Nia aje. Berkotak-kotak Ramen ada. Pilih aje nak perasa apa. Kan Nia kan?"

Ian juling mata ke atas. Kan Nia kan? Menyampah!

"Okeylah, ma. Tak kesahlah mama makan apa pun, asalkan halal. Pastikan halal, ya? Bukan apa, dekat sana memang macam-macam jenis makanan ada tapi halal tak halal tu kena tengok betul-betul. Alaaa... Mama pun..."

"Saya masih tau halal haramlah, awak..." sahut suara kecil itu tiba-tiba.

Dahi Ian berkerut. Skrin telefon ditenung lama sebelum kembali berbicara.

"Mama loudspeaker, eh? Kenapa mama ni?" soal Ian kurang senang. Tambah sakit hati bila soalannya dibalas dengan tawa mama disulami tawa gedik si sayur. Perghhh! Sumbang mambang berintonasi sakit hati dan telinga. Annoying tahap dewa!

"Alaaa Nia ni hah. Katanya waktu dia call, Ian cakap macam samseng. Jadi dia nak dengar suara Ian kalau borak dengan mama. Katanya mesti manja."

Ian melongo. Hukaloh! Alasan. Tak ada yang lagi bodoh ke selain itu, wahai cik sayur? Manja? Hekkk dia!

"Whatever. Bila mama nak balik ni? Putrajaya dengan Bangsar tu boleh tahan dekat juga tau, cik sayur. Jangan lupa hantar mama saya balik," perli Ian.

"Nia la! Cik sayur pula. Hah, mama call ni nak bagi tahu Ian la ni. Emmm... Mama tidur rumah Nia malam ni. Kebetulan abang Nia pun tak ada. Outstation. Ian pun tak balik, kan?"

MAMAT DINGIN HATI RINDUWhere stories live. Discover now