Bab 13

1K 23 0
                                    

Pagi itu, masuk sahaja ke rumah dah terbau aroma nasi goreng kampung dari arah dapur. Langsung hasratnya nak masuk ke dalam bilik dapatkan lelap dalam 10 minit dibatalkan. Bau macam ni perut kenyang pun boleh jadi lapar semula.

"Baru balik ke?" soal mama waktu Ian baru tarik kerusi nak duduk.

Ian angguk. Spek mata hitam ditolak naik ke kepala seraya tersenyum ke arah mama yang siap sedia sendukkan nasi untuknya.

"Itulah. Elok-elok kerja ikut masa, pilih bidang macam ni. Kamu masuk tadi dah macam bau cookies Famous Amos dah, Ian. Tu tengok mata tu. Merah, bengkak tak cukup tidur. Life macam ni yang kamu pilih?"

Ian senyum sambil terus menyuap nasi ke mulut usai doa dibaca. Perghhh sedap. Terangkat!

"Apa yang kamu dapat dari jadi baker ni, Ian? Nak kata kaya, mama tengok Si Ammar tu tak kaya pun lagi. Studio dia dah lima tahun operasi, kan?"

Ian senyum lagi. Tip untuk selamat? Senyum aje bila mama tengah membebel. Jangan bidas. Jangan komen.

"Eh, mama ni macam cakap sorang-sorang pula!"

Kali ini senyum Ian makin panjang. Dan tip terakhir, bila mama dah keluar ayat tadi tu sila respons secepat mungkin sebelum muncung sedepa mama kekal sedepa berminggu-minggu. Nanti diri sendiri juga yang merana bila terpaksa jadi anak derhaka berminggu.

"Hari ni apa pelan mama?" soal Ian. Tukar topik.

"Pandai kamu corner baring, ya? Hari ni pelan mama nak suruh kamu bawa mama pusing KL. Titik. Noktah. Tak ada titik bertindih atau koma. Tamat."

Ian gelak kecil sendiri. Tu diaaa, pesara guru bahasa Melayu. Hambik. Segala tanda bacaan dia sebut.

"Maaf bunda, aku enggak bisa, kok. Aku harus ke sekolah."

Suapan mama terhenti. Mulut sudah bergerak memuncung ke depan.

"Sekolah apa cuti-cuti ni? Isnin sampai Jumaat dah kerja. Sabtu sekolah pula?" soal mama tak puas hati.

Ian angguk bersungguh dengan mulut masih penuh mengunyah nasi goreng.

"Kafe buka tujuh hari seminggu, ma. Jumaat separuh hari. Sabtu dengan Ahad Ian minta off daripada Mar sebab Ian join kos pendek."

"Kos pendek apa pulanya ni? Ian tak ada bincang pun dengan mama?"

"Tak ada apa pun nak bincang, ma. Benda kecik aje. Sambung belajar. Bukannya Ian nak kahwin. Haaa... Kalau yang tu tak bincang dengan mama memang jatuh hukum tak patut."

"Dah kalau tujuh hari seminggu kamu sibuk. Malam pun kerja, subuh baru balik. Macam mana nak kahwin? Bila nak jumpa jodohnya hah?" tempelak mama.

Ian diam. Rasa nak terus menyuap pun mula perlahan. Sudahlah kepala sakit, mata mengantuk. Ditambah pula dengan pakej bebel. Perghhh. Pedih!

"Sebab dia... Sebab nak lari dari dia. Nak lupakan dia. Hidup jadi macam ni. Wajar ke?" soal mama, perlahan tapi nadanya sinis.

"Maaa... Sudahlah tu. Pilihan Ian ni tak ada kaitan dengan sesiapa pun. Jangan babitkan orang lain. Kalau mama tak suka apa Ian buat sekarang ni, mama marahlah Ian. Ini pilihan Ian."

"Auntie boleh marah saya juga. Saya yang perkenalkan Ian pada bidang ni," sahut Ammar yang baru saja menapak masuk ke ruang makan.

Muka tegang mama nampak sedikit kendur bila Ammar ada sama. Ian tarik nafas lega. Mujurlah Ammar datang tepat pada masanya. Ammar ni macam tau-tau aje!

"Kenapa pula auntie nak marah kamu, Mar? Ian yang pilih sendiri haluan ni, kan? Hmmm... Duduklah. Auntie buatkan air untuk kamu."

"Eh... Tak apa, auntie..."

"Tak apa. Duduklah," balas mama sambil berlalu.

Hilang saja kelibat mama dari ruangan itu, Ian buang keluhan kasar. Sungguh, hilang selera makan dia dibuatnya.

"Amacam? Settle ke?"

"Alhamdulillah. Settle untuk oder hari ni. Untuk esok, malam nanti aku sambung," jelas Ian.

"Alhamdulillah. Terbaiklah, Ian. Lega aku dengar. Kalau tidak mahu bersilat sorang aku pagi ni. Pukul 11 nanti dia orang nak datang pickup dah. Pasal esok, tak apa. Nanti kalau dah settle kerja aku, malam ni aku tolong kau, eh!"

"Beresss!"

"Mama nak keluar dengan Nia," beritahu mama sewaktu gelas berisi kopi panas berasap disua kepada Ammar.

"Nia?" soal Ammar.

"Alaaa, awek lawa yang hantar auntie semalam tu la," beritahu mama, teruja.

"Ooo... Yang tu," sahut Ammar sambil sengih terpaksa.

"Lawa, kan?"

"Haaa... Lawa-lawa!" balas Ammar, dalam blur dan lebih kepada terpaksa mengiakan.

"Sesuai kan dengan Ian?"

"Errrkkk!"

Ammar sengih sambil memandang ke sisinya. Kali ini Ian memang betul-betul hilang selera dan mood. Kepala dipicit perlahan tanda dia terkesan dengan perbualan tanpa asas dan hala tuju mama tadi.

"Maaa... Jangan mulakan. Please. Ammar ni suci orangnya. Jangan diracun kepala dia ni dengan dakyah propaganda mama pasal si sayur tu. Tolonglah!" tegas Ian sebelum bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Ammar melongo. Perghhh! Beraninya mamat ni panggil macam tu aje pada menantu wannabe mama dia?

"Auntie faham ke Ian cakap apa tu?"

Mama cuma jongket bahu sambil memandang ke arah daun pintu bilik Ian yang tertutup rapat. Dakyah propaganda dikatanya? Tak apa. Tunggu! Lepas ni dia akan mula berkempen kaw-kaw punya. Hidup Nia Adara! Undilah Nia Adara! Takbir! 

MAMAT DINGIN HATI RINDUWhere stories live. Discover now