"Uhukkk... Uhukkk... Uhukkk..."
"Hai, tak makan pun boleh tersedak?" perli Ammar sambil tersengih sendiri.
"Apa kau tak pernah tersedak air liur sendiri?" balas Ian sambil bangun, capai gelas dan tadah air dari mesin tekukur.
"Apa punya soalan tu? Satu kecacatan kekal ke kalau tak pernah tersedak air liur?"
Ian sengih. Soalan bukan main lagi!
"Abaikan. Aku malas nak ulas. So, bos. Amacam? Dua minggu kita dah beroperasi ni bos berpuas hati tak dengan perkhidmatan saya?" soal Ian bersungguh sambil tangan yang pegang gelas disua ke arah Ammar gaya macam dalam sesi temu bual.
"Tak ada siapa bos dekat sini haih. Sama-sama kuli. Jangan nak rendah diri sangat!" balas Ammar acuh tak acuh. Langkah diatur ke meja berhampiran pintu masuk kafe sebelum pinggan yang licin berserta gelas kosong dibawa masuk ke bahagian wet kitchen.
"Mana boleh gitu. Aku ni tahap adik-adik lagi, Mar. Setakat brownies, cupcakes tu bolehlah. Yang lain belum pass lagi."
"Tak ada hal la. Itu pun dah cukup bagus untuk new beginner. First thing first. Mana ada orang lahir terus berlari, kan? Aku pun dulu macam kau juga. Yang penting, ada passion. Tu aje!" balas Ammar bersungguh.
"Tapi kan Mar, idea kau untuk join delivery servis tu memang bijaklah, bro. Dalam masa yang sama, kita boleh attract orang untuk datang kafe kita."
"Yezzza. Itulah tujuan aku sebenarnya. Nak iklan dekat majalah? Skop kecik, bhai. Instagram, Facebook? Boleh memang boleh. Percuma lagi tu. Tapi kalau nak viral, tetap kena guna duit. Radio? Itu lagi kos besar. Jadi ini ajelah cara paling secure dan mampu milik yang aku boleh fikirkan buat masa ni selain daripada kita upah budak letak flyers promosi pembukaan kafe kita."
Ian angguk. Dalam diam, dia puji kemampuan Ammar dalam bidang promosi ni. Memang A. Kalau harap dia? Alahai. Instagram pun baru buat tahun lepas. Itu pun sebab nak skodeng orang!
"Setakat dua minggu ni, aku rasa okey kut. Walaupun tak adalah heavy mana trafik pelanggan yang datang tapi tetap ada customer. Cumanya itulah. Kita kena pelbagaikan lagi menu."
"Insya-Allah, aku akan cuba tolong kau..."
"Eh, kelas kau mula bila?"
Wajah Ian langsung mendung bila perihal kelasnya jadi topik bicara.
"Hujung bulan ni. Tapi mama aku tu la..."
Ammar gelak.
"Anak emak. Dua minggu tak jumpa macam dua tahun kut!"
"Tak ada maknanya. Ala, Mar... Kau tahulah kan. Mak aku tu manja dengan arwah papa aku. So, bila arwah dah tak ada, aku ajelah tempat dia bermanja. Adik aku pun, bukannya ada sini."
"Kau dah jumpa belum rumah atas tanah mama kau nak tu?"
Ian geleng perlahan.
"Area Bangsar ni berapi, oiii."
"Macam ni, cuba kau slow talk dengan mama kau. Buat sementara, duduk aje dengan aku. Tak ada apalah. Bukan tinggi sangat pun tingkat empat tu. Nanti kalau dah ada rumah yang sesuai bolehlah pindah daripada mama kau sorang aje dekat sana, kan? Kau nak pergi kelas pun rasa tak sedap hati," ulas Ammar panjang lebar.
"Itulah," balas Ian pendek.
Jeda sebentar. Ian di meja cashier hanya melengung memandang ke arah pintu kafe manakala Ammar pula dok sibuk scroll skrin telefon bimbitnya.
"Perghhh, bro! Tengok ni!" jerit Ammar sambil suakan telefon bimbitnya pada Ian.
The name of the cafe reminds me of someone and the brownies were sooo delicious. My family love it so much. Will recommend your brownies to others and insya-Allah will drop by to your cafe if I'm nearby. All the best!
-NT-
Ian cebir bibir sambil mendengus perlahan.
"Hoiii. Reaksi sejenis apa tu? Orang puji kau buat muka macam ni?" soal Ammar sambil ketawa.
"Pujian boleh buat kita lupa. Ingat tu!"
"Pujian juga boleh menaikkan semangat kita. Simpan dalam otak tu," balas Ammar pula sebelum serentak mereka tertawa.
Dan tak lama selepas itu, kafe mereka didatangi beberapa pasangan yang datang untuk minum petang sambil berbincang.
The name of the cafe reminds me of someone? NT. Kening Ian berkerut seketika sambil jantung berdetak laju. Dia ke? Ahhh. Tak mungkinlah!
YOU ARE READING
MAMAT DINGIN HATI RINDU
General FictionTajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang be...